iklaneka

Tuesday, August 28, 2012

REALITI HIDUP BUKANNYA NOVEL

Assalamualaikum dan selamat hari raya :)

*peringatan. entry ini agak panjang. siapa yang rasa tidak mahu baca. sila lah tekan X*

Sudah lama rasanya tak membebel kat blog nie. Hmm malas sebenanya. Nak cari idea tu pun bukan senang. Ingat idea turun dari langit time tengah tidur ker apa? Owh mungkin ada orang yang macam tu. Tapi bukan saya. Kehkeh.


Saya punya hobi, sangatlah suka baca novel melayu. Segala macam novel cintan cintun semua baca. Siap ada banyak lagi tu kat rumah. Dan masih tak sedar diri mahu beli novel lagi. Kehkeh. *kena bising sama emak*. Selalu dalam novel, mesti ada cerita pasal seorang perempuan nie, yang memendam perasaan dekat seorang lelaki nie. Dan tiba-tiba datang lelaki lain masuk meminang perempuan tu. Mesti perempuan tu serba salah. Hati masih menunggu si lelaki yang diingini tapi dalam masa yang sama lelaki lagi satu dah tunggu nak masuk meminang.

Macam mana nak buat? Nak belah badan? Sebelah tunggu lelaki tu dan sebelah lagi pergi kahwin dengan lelaki lagi satu tu? Gila apa? Mesti susah kan kalau ada dalam situasi macam tu. Nak nak pulak masuk campur tangan dari parents. Mesti lagi serabut. Tak dapat bayangkan kalau diri sendiri berada dalam situasi macam tu.

Tapi seriously, kawan saya berada dalam situasi macam tu. Kawan baik saya. Boleh bayang tak? Kawan yang kita kawan dah lama, yang kita tahu hidup dia macam mana, tiba-tiba ada dalam situasi macam tu. Sangat-sangat kesian kat dia. Menunggu lelaki yang disayangi tapi si lelaki buat endah tak endah. Tapi dalam masa yang sama ada lelaki lain ingin masuk meminang dan mengatakan mahu kahwin tahun depan. Banyak kali saya cakap pada dia, saya seperti sedang membaca novel sekarang. Tapi bezanya. Bila kita membaca novel, kita boleh tahu ending dia macam mana. Tapi kisah hidup kawan saya tu? Masih lagi tertanya-tanya ker mana hala tuju hidup dia.

Banyak kali saya bertanya, masih menunggu lagi kah? Dan jawapan daripadanya mestilah. Sebab dia sayangkan lelaki itu. Andai kata lelaki tu taknak balas cinta dia baru dia pergi kepada lelaki lagi satu. Dan saya menjawab. Tak kesian dekat lelaki lagi satu tu? Kesian dia menunggu cinta awak. Sampai bila mahu menunggu si dia? Bagaimana kalau si dia tidak membalas cinta awak. Saya sangat-sangat tidak mahu awak kecewa. Selalu saya nasihatkan dia. Solat istikharah lah. Doa banyak-banyak supaya awak dapat petunjuk. Allah takkan uji hamba dia lebih dari kemampuannya. Saya tahu awak mampu lalu ujian nie. Apa-apa pun saya akan sokong awak. Saya akan tetap berada belakang awak untuk sokong awak walaupun masa tu tiada siapa lagi yang sokong awak.

Buat awak, ingat cakap saya. Kita hidup untuk masa depan. Saya tak nak awak kecewa bila menunggu si dia yang entah sampai bila baru membalas cinta awak. Sedangkan sudah ada seorang lelaki yang sudi menyayangi awak sepenuh hati dia. Awak patut bersyukur kerana ada orang yang sayang awak dan sanggup tunggu awak. Sanggup jumpa parent awak untuk menyatakan hasrat hati dia. Bukan semua lelaki berani seperti dia. Apa-apa pun, doa banyak-banyak yer awak. Ehem ehem lagi satu. Muka awak sama seperti diaaaaaa. Kehkeh :p

Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Thursday, August 9, 2012

SEDIKIT PERUBAHAN :)

Assalamualaikum.

Agak lame jugak yaa tak update blog nie. Heheh bukan malas tapi takde idea. Okeylah malas jugak heheh. Kali nie yaa nak sentuh pasal pemakaian tudung kita. Yaa taknak sentuh banyak-banyak sebab takut ade yang terase. Yaa just nak bagi pandangan sikit jer. Sikit jer tau.

Okeyh sekarang nie tudung bawal dah up balik kan. Macam-macam pattern ade. Dua tone tiga tone yang bercorak yang berbulu heh semua ada. Sebut jer nak camne mesti dapat. Orang laki mesti suka kan tudung bawal dah up balik. *lari topic*. K sambung balik.

Tudung bawal sekarang nie yaa tengok makin nipis pulak. Tak kire lah mahal ataupun murah tapi kain die mesti nipis. Yang membezakan mahal murah tu semua kualiti die jer. Tapi still nipis. Why camnie? Tudung yang bercorak tu lagilah nipis yaa tengok. Adeh nak pakai pun pikir banyak kali. Tapi boleh jer kalau kita nak pakai jugak . As long as kita pakai lah inner tudung bawal tu.

Inner tu boleh cover leher kite. Taknak lah nanti orang lelaki tengok leher kite. Pakai tudung tapi nampak batang leher. Hmm tak elok lah camtu kan. Dulu kalau keluar dengan die, confirm kene tegur. Jawapan yang selalu yaa cakap. "Nak buat camne dah tudung tu nak jarang, nak pakai tudung camne lagi." Adeh jahilnya diri nie. Sekarang nie yaa cube nak berubah sikit-sikit. Mule-mule pakai lah inner tudung tu. Takde lah orang laki tengok kite terteleng-teleng pale hoi. Haha.

Kat sini yaa tunjuk sikit camne rupe inner tudung bawal tu. Ngan rupe die bile kite dah pakai kat kepala. Kalau awak-awak kate pakai inner nie panas, hmm sorry lah yaa taknak cakap ape-ape dah k. semuanya terpulang kat awak. *peace*

ini rupe inner tu.


dan ini bile kite dah pakai kat kepala kita. 

Emm emm lagi satu kan awak-awak. Janganlah pakai sanggul tinggi tu awak. K taknak cakap banyak-banyak. Cari sendiri sebabnye. Kihkih. 



Salam sayang,

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Saturday, August 4, 2012

SEDIKIT RENUNGAN BERSAMA :)

Assalamualaikum...



Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."



Semalam

, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"



Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.



Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.



Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.



I just want to share this. I don't want to support it nor to condemn it. In the end, it always depends on how you live with your partner and how you adapt with that new situation when you are already married. I’m not married yet so I don't know how I’ll be when I married. Just think deeper when you want to make a really big decision. I already know what I want to do with my life first. But remember, we must leave everything to Allah. It does not going to happen if Him won’t allowed it to be. Just keep praying and don’t ever stop praying to him. ^^,



Salam sayang,

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Thursday, August 2, 2012

MENGIMBAS KENANGAN PUASA :)

Assalamualaikum…

Dah dua entry dah yaa update yang sedih-sedih jer bunyinye nie. Kali nie nak update pasal entry time puase pulak lah. Hmm dulu dah 3 tahun sambut puasa kat penang. Bayangkan lah yaa tak pernah masuk sekolah asrama. Mase malam pertama duduk penang pun dah sedu-sedu atas katil. Hikhik malu. Okey dah-dah sambung balik. First time sambut puase jauh dari family. Kalau dulu ade mak yang masak. Pastu ayah bawak balik kuih dari bazaar yaa yang ambik and susun kat pinggan. Pastu tunggu waktu buke same-same. Sahur same-same. Hmm lain perasaan die bile sambut dengan kawan. Sape setuju angkat tangan? Bahaha.

Dulu mase sem1 duduk kat baiduri. Sebilik 4 orang. Hmm nasib baik dapat sebilik dengan budak-budak yang weng. So kepale pun boleh weng. Hikhik maafkan saya yer nony, nat and dan. *peace*. Mase nak berbuke jer empat-empat duduk sila kat bawah. Buke same-same. Ade satu mase tu yaa buke sorang-sorang. Huhu sedih jer time tu. Rase nak nangis pun ade buke sorang-sorang. Bile time sahur pulak yaa bangun dulu. Pastu kejut diorang. One time yaa tak sedar, hah amik kau semua tak bangun. Bahaha tak senonoh masing-masing. Dulu sahur beli nasi satu polisterin tu kongsi 3 orang. Haa hebat tak? Haha buat cukup syarat jer makan pun. Haha.

Lepastu puase yang ke-2 mase sem 3. Hmm time tu duduk kat mutiara pulak. Mutiara tu mak aih dah lah jauh. Kene pulak time bulan puasa. Haa sabar jelah nak menapak. Kitorang yang duduk mutiara dulu yaa, aten, paein ngan diana. Yaa ngan paein serumah then aten ngan diana masing-masing rumah lain. tapi dulu diorang kumpul rumah kitorang jer selalu. Mase sem 3 nie tak banyak sangat drama time bulan puasa. Haha maybe sebab dah kali kedua puase jauh dari family so dah boleh adapt bende tu. Dah rase macam alah kacang jer. Bahaha cakap besar tau. Time nie sahur dengan paein jer dalam bilik. Masing-masing malas nak keluar. Well kalau siapa yang pernah tinggal kat mutiara tu, dapat pulak blok hujung siap tingkat atas lagi kau, haa memang idok ler nak keluar jam-jam tu weyh. Sanggup bawak masuk terus botol air ngan roti. Telan 2 keping ngan minum air. Bum tidur balik. Haha.

Puase yang ke-3 kene time sem 5. Time nie dah rase diri tu besar sikit. Semua mall kat penang tu dah pergi. Haha. Kali nie yaa tinggal kat Kristal. Satu rumah 8 orang. Satu bilik 4 orang. Dapat serumah ngan yang weng huu confirm kepale weng. Selalu buka dengan kurma sebijik pastu pergi solat maghrib dulu. Pastu baru makan nasi dengan diana, pah ngan nani dekat bawah. Bersila kat bawah sonang. Kadang-kadang yaa buka luar dengan emm dengan emm dengan ehem2 lah. Heheh. Kalau buke kat luar tu selalu pergi pacific. Instead of pergi mall yang lain, yaa lebih prefer pergi pacific. Sebab die akan bukak lagu raye kuat-kuat. Huu semangat raye lebih sikit. Kalau buka luar, minum air twister depan surau dengan die. Pastu solat dulu baru pergi makan. Dah habis makan apo laei, jalan-jalan lar weyh. Nak-nak pulak pacific tu penuh ngan baju semua. Wahh heaven weyh. Seronok seronok. Lagi satu standard orang perempuan mesti lah ade yang tak puase kan. Kadang-kadang keluar bilik eh eh bau Nescafe. Eh eh bau maggi. Haha itu perkara normal. Kot laki buat camtu yer itu abnormal namenye. Haha.
 

Tahun nie, kali pertama sambut puase dengan family after 3 years jauh dari family. So mulelah kerja sambut kuih susun kuih semua. Tapi seriously rindu mase buka kat penang. Rindu nak buke dengan kawan-kawan, rindu nak buka dengan dia. insyaAllah kalau umur panjang yaa nak buke dengan korang semua lagi. Nak sahur dengan korang. Nak kongsi makanan dengan korang. Nak buke dengan dia nak jalan-jalan after makan dengan dia. Indah sangat kenangan mase puase kat penang. Walaupun jauh dari family, tapi yaa ade kawan yang sentiase ade dengan yaa. Itu dah lebih dari cukup.

Ape-ape pun korang, selamat berbuka dan selamat bersahur. Oh oh sorry entry kali nie sangat lah panjang. Ampunnnn. Tata.

Nak sambut puasa dengan bakal suami satu hari nanti! :)


Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

TERIMA KASIH KAWAN :)

Assalamualaikum...

Kita hidup di dunia nie sentiasa di uji. Tak kira lah besar ataupun kecil ujian tu, sedar ataupun tidak tapi kite takkan lari dari menerima ujian Allah. Bak kata orang Allah takkan menguji kite lebih dari yang kita mampu. Itu memang betul. Tapi kalau dipikir balik kenape ramai yang tak tertanggung menerima ujian dari Nya? Hmm wallahualam. Itu semua urusan die dengan Allah di akhirat sana.

Apa yang yaa nak cakap kat sini, untuk sebulan nie, yaa memang di uji oleh Allah. Hmm rasenye tak perlulah yaa bagitahu yaa di uji macam mane. Tapi kadang-kadang bila kita diuji sekuat mana pun kita, kita tetap akan jatuh. To be truth yaa memang pandai bagi nasihat kat orang. Bila dengar problem kawan yaa bagi nasihat. Bukan sorang tapi ramai. But when it comes to me, I’m really weak at facing the problem by myself. I need someone that can calm me down when I’m felling down. I know Allah is there for me, but I need someone or more to be talked to. Lucky me, I have some friends.

Untuk aten, thanks ten ade untuk aku. Kau tak pernah letih dengar aku mencurah kat kau kan. Banyak pulak tu. Since dari kite belajar dulu sampai sekarang. Setiap kali aku ade masalah kau orang pertama yang aku cari. Thanks sangat-sangat. Walaupun kite dah jauh sekarang, aku nak kau tahu yang aku sayang kat kau sangat-sangat. Aku rindu kat kau. I miss the time when we are sharing the same food, when you are teaching me the things that I always blurred, when we are sharing secrets in the bed. I miss all of the moments. I hope I can meet you one day. Aku mintak maaf kalau aku banyak susahkan kau. Banyak buang mase kau dengar cerita aku. Maaf sangat-sangat. I love you!

Untuk jaa, thanks jugak ade untuk yaa. Walaupun kite tak rapat mane, tapi jaa sanggup kawan dengan yaa. To be truth bila kita jumpa yaa tak banyak cakap kan. Tak tahu kenape tapi yaa segan dengan jaa. Tapi bile kite sembang dekat fb yaa boleh sembang banyak dengan jaa. Ingat mase kita nak daftar untuk MUET dulu, jaa peluk yaa dari belakang? Sangat-sangat tersentak tapi yaa tak kisah pun. Yaa suke perangai jaa yang macam tu. Terima kasih ade untuk yaa. Maaf kalau yaa buang mase jaa dengar masalah yaa. I love you!

Untuk awak-awak yang lain, saya tak lupe kebaikan awak. Tapi saye taknak mention name awak kat sini. Takut nanti ade yang marah. Terima kasih sebab ade untuk saye jugak. Sekurang-kurangnya saya tak facing semua masalah sorang-sorang. Saya tahu saye still ade kawan kat dunia nie. Saya doakan awak semua diberkati Allah dalam apa jua yang awak lakukan. Saya sayang awak! And saya mintak maaf kalau saya menyusahkan awak. Terima kasih awak. 




Salam sayang,

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!