iklaneka

Tuesday, August 28, 2012

REALITI HIDUP BUKANNYA NOVEL

Assalamualaikum dan selamat hari raya :)

*peringatan. entry ini agak panjang. siapa yang rasa tidak mahu baca. sila lah tekan X*

Sudah lama rasanya tak membebel kat blog nie. Hmm malas sebenanya. Nak cari idea tu pun bukan senang. Ingat idea turun dari langit time tengah tidur ker apa? Owh mungkin ada orang yang macam tu. Tapi bukan saya. Kehkeh.


Saya punya hobi, sangatlah suka baca novel melayu. Segala macam novel cintan cintun semua baca. Siap ada banyak lagi tu kat rumah. Dan masih tak sedar diri mahu beli novel lagi. Kehkeh. *kena bising sama emak*. Selalu dalam novel, mesti ada cerita pasal seorang perempuan nie, yang memendam perasaan dekat seorang lelaki nie. Dan tiba-tiba datang lelaki lain masuk meminang perempuan tu. Mesti perempuan tu serba salah. Hati masih menunggu si lelaki yang diingini tapi dalam masa yang sama lelaki lagi satu dah tunggu nak masuk meminang.

Macam mana nak buat? Nak belah badan? Sebelah tunggu lelaki tu dan sebelah lagi pergi kahwin dengan lelaki lagi satu tu? Gila apa? Mesti susah kan kalau ada dalam situasi macam tu. Nak nak pulak masuk campur tangan dari parents. Mesti lagi serabut. Tak dapat bayangkan kalau diri sendiri berada dalam situasi macam tu.

Tapi seriously, kawan saya berada dalam situasi macam tu. Kawan baik saya. Boleh bayang tak? Kawan yang kita kawan dah lama, yang kita tahu hidup dia macam mana, tiba-tiba ada dalam situasi macam tu. Sangat-sangat kesian kat dia. Menunggu lelaki yang disayangi tapi si lelaki buat endah tak endah. Tapi dalam masa yang sama ada lelaki lain ingin masuk meminang dan mengatakan mahu kahwin tahun depan. Banyak kali saya cakap pada dia, saya seperti sedang membaca novel sekarang. Tapi bezanya. Bila kita membaca novel, kita boleh tahu ending dia macam mana. Tapi kisah hidup kawan saya tu? Masih lagi tertanya-tanya ker mana hala tuju hidup dia.

Banyak kali saya bertanya, masih menunggu lagi kah? Dan jawapan daripadanya mestilah. Sebab dia sayangkan lelaki itu. Andai kata lelaki tu taknak balas cinta dia baru dia pergi kepada lelaki lagi satu. Dan saya menjawab. Tak kesian dekat lelaki lagi satu tu? Kesian dia menunggu cinta awak. Sampai bila mahu menunggu si dia? Bagaimana kalau si dia tidak membalas cinta awak. Saya sangat-sangat tidak mahu awak kecewa. Selalu saya nasihatkan dia. Solat istikharah lah. Doa banyak-banyak supaya awak dapat petunjuk. Allah takkan uji hamba dia lebih dari kemampuannya. Saya tahu awak mampu lalu ujian nie. Apa-apa pun saya akan sokong awak. Saya akan tetap berada belakang awak untuk sokong awak walaupun masa tu tiada siapa lagi yang sokong awak.

Buat awak, ingat cakap saya. Kita hidup untuk masa depan. Saya tak nak awak kecewa bila menunggu si dia yang entah sampai bila baru membalas cinta awak. Sedangkan sudah ada seorang lelaki yang sudi menyayangi awak sepenuh hati dia. Awak patut bersyukur kerana ada orang yang sayang awak dan sanggup tunggu awak. Sanggup jumpa parent awak untuk menyatakan hasrat hati dia. Bukan semua lelaki berani seperti dia. Apa-apa pun, doa banyak-banyak yer awak. Ehem ehem lagi satu. Muka awak sama seperti diaaaaaa. Kehkeh :p

Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!