iklaneka

Friday, December 30, 2011

MISI TERCAPAI! :D




Hai semuanya! Short entry jer kali nie. Malas nak bebel banyak-banyak. Satgi korang bosan pulak. Harhar. Akhirnya blog aku capai 100 follower jugak before tahun 2012.

Hee nak tahu siape follower aku yang ke-100 tu? Meh aku kenalkan. Nak kenalkan lebih-lebih pun tak boleh lar jugak. Sebab aku pun baru jer kenal dengan dia. Haha :D

Kejap-kejap nak tunjuk bukti. Haha macam kanak-kanak ribena pulak aku nie :D


Korang kalau nak tahu lebih pasal die, nak berkenalan ker ape kan. Pergi lah jengah blog die. 
Cin Noor Airina. *hee promote blog orang. Suke hatilah blog aku kan. :D

Cukuplah tu. Nak makan. Dadaaa :)


Salam sayang,








TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

PERTUNANGAN :D





Hai semua. Harinie adalah hari kedua terakhir kita berada di tahun 2011. Lusa dah masuk 2012. Bersediakah kita menghadapi tahun baru. Bersediakah kita menghadapi cabaran-cabaran baru yang akan datang? Bersediakah kita untuk meningkat satu tahun lagi umur kita? Woah tahun depan aku dah 21 meyh? Haish cepatnya masa berlalu. Rasa cam nak patah balik pergi kat zaman kanak-kanak. Tak payah pikir ape-ape. Tak payah pikir pasal duit, pasal masalah, pasal cinta. Wink wink ^^,

Haritu aku dah cerita pasal hantaran perkahwinan dengan pasal persandingan kan. Kali nie aku nak cerita pasal pertunangan pulak. Semua orang tahu, sebelum akad nikah, bakal pengantin akan terlebih dahulu melalui fasa pertunangan. Pertunangan yang kita tengok sekatang nie, kadang-kadang dah macam kenduri kahwin pun ade. Padahal tu baru bertunang. Sekarang nie kalau nak bertunang, mesti kena ada hantaran bertunang banyak-banyak. Cincin mahal-mahal. Pastu heboh satu kampung anak dia bertunang. Well sahabat-sahabat sekalian. Pertunangan bukanlah satu benda yang WAJIB untuk dihebohkan. Perkahwinan lah yang WAJIB untuk dihebohkan. 

Lagipun, pertunangan dalam Islam sangat berlainan dengan adat melayu kita. Once si lelaki dan perempuan sudah berjanji untuk berkahwin. Mereka sudah dikira sebagai bertunang. Haa korang-korang yang dah janji banyak kali nak berkahwin tu. Agak-agak dah berapa kali korang bertunang eh? Tunang putus tunang putus. Kalah orang-orang dulu tau. Orang dulu masuk merisik bla bla bla then nikah. Takde pun adat-adat lain yang pelik-pelik tu. 

Daripada yang mak aku cerita. Semasa proses bertunang terjadi, si lelaki tidak boleh berada dekat dengan si perempuan. Means lelaki tu tak boleh hadir pun dalam proses bertunang tu. Kalaupun lelaki tu kena pergi jugak rumah tu, itu hanyalah sebab ahli keluarga tak tahu kat mana lokasi rumah si perempuan. Itupun, si lelaki kena tunggu kat luar rumah tu. Bukannya masuk dalam rumah. Tangkap gambar sekali ngan perempuan tu. Hmm aku tak tahu lah ape sebabnye macam tu kan. Tapi itu lah yang mak aku cerita. 

Lepastu kan, nie kes kalau putus tunang pulak. Kalau si lelaki yang putuskan tunang, hantaran perempuan tu dia boleh simpan. Tapi kalau perempuan yang putuskan tunang, dia kena pulangkan hantaran lelaki tu. Haish nie pun satu bende yang aku tak paham. Apesal macam buyers jer tu? -.-'

Selalu orang cakap, bila dalam fasa pertunangan. Si lelaki dan perempuan tu due-duenye darah manis. Untunglah bila nyamuk hisap darah. Manis jer darah tu. Hewhew. Bukan macamtu lah. Maksud darah manis tu, dalam fasa pertunangan, godaan akan lebih banyak berbanding time bercinta. Kalau boleh, time bertunang tu, semua masalah nak datang. Time tu nak ade orang ketige lah. Time tu duit tak cukuplah. Time tu bla bla bla lah. Huhu itupun bergantung pada masing-masing lah kan. Lain orang lain lah dugaan dia. 

Aku rasa cukuplah setakat nie aku membebel pasal nie. Satgi panjang-panjang korang tidor plak. Da lah lagu blog aku pun slow semacam jer kan. Free-free jer korang tidor nanti. And lagi sekali. Aku minta maaf kalau entry aku kali nie menyinggung lagi hati korang semua. Ini cuma pendapat aku jer. Terpulanglah nak terima ker taknak. 

cantik kan? simple and elegance :)

*dalam diam aku bercerita pasal persandingan semua-semua bagai nie kan. terdetik jugak kat hati aku nie. bila turn aku pulak? aku tengok budak sekolah aku ramai yang dah kahwin. aku bila pulak eh? harhar :D *

p/s: owh yer. aku baru masukkan iklan churp2 lah dalam blog aku. itupun atas pertolongan kawan aku En Madu nie. Hee pergilah jengah-jengah blog die. Thankz yer kawan. And korang klik2 lah iklan aku tu keyh. Tolong orang kan dapat pahala heheh :D






Salam sayang,



TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Thursday, December 29, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG :)





Hai kawan-kawan! Lame tunggu entry untuk hari nie eh? Haha saje post lambat-lambat. Aku ingatkan takde yang cari aku bila aku tak post new entry. Rupenye ade jugak yang cari. Harhar. *terharu*

Dekat tajuk aku tu, mesti ade yang tertanya-tanya kan sape 'sayang' aku tu. Hewhew 'sayang' aku yang nie memang aku sayyaaaannnggg sangat-sangat. Dia yang sentiase ada saat aku susah. Saat aku gembira. Saat aku rasa macam dugaan aku berat sangat. Dia yang sentiase ade temankan aku. In fact, kalau aku baring sebelah dia and peluk dia, confirm 10 minutes later aku dah tidur. Haha *perangai tak semenggah gile*

Meh sini aku kenalkan korang ngan 'sayang' aku tu. 
haa. nielah sayang aku. Maisara binti Sukirman.

Esok, 30 December adalah hari ulang tahun mak aku yang ker...err...berape eh? Emm kejap. Mak aku lahir tahun 1959. So kalau tolak tambah bahagi darab semua kiranya esok da umur 52 lah. Hee. Umur mak sendiri pun tak ingat. 

Mak...
Akak tahu, akak tak sebaik budak perempuan yang lain.
Akak tahu, akak tak selembut budak perempuan yang lain.
Akak tahu, akak tak pandai masak macam budak perempuan yang lain.
Akak tahu, akak selalu degil dengan mak.
Akak tahu, akak selalu bantah ape yang mak cakap. 
Akak tahu, akak selalu melambatkan ape yang mak suruh akak buat. And lastly mak yang akan buat kerja tu.
Akak tahu, akak selalu hampakan mak. 
Akak tak reti berdikari. Semua benda nak harapkan mak buat. Semua benda nak mak tolong. Goreng telur pun nak mak yang gorengkan. Akak bukannya tak boleh buat pun. Akak cuma nak manja ngan mak jer. Akak bukannye selalu ade kat rumah. Kan mak.

Mak tahu tak. Setiap kali akak nak balik U. Akak mesti berat hati nak tinggalkan mak. Yelah, bila akak takde, Nanti mak duduk sorang kat rumah. Ayah ngan abang kerja. Ikah sekolah. Nanti mak duduk sorang-sorang bahaya takde sape yang jage mak. *lap-lap air mata*

Mak. Akak sayang kat mak sangat-sangat. Mak kena ingat tau. Takde sape pun yang boleh ganti tempat mak kat dalam hati akak. Walaupun nanti bila akak dah kahwin and syurga akak kat bawah tapak kaki suami akak, tapi mak tetap akak sayang. Kalau mak takde, akak pun takde kat dunia nie. 

Mak. Akak takde belikan ape-ape hadiah pun dekat mak. Akak mintak maaf untuk itu yer mak. Tapi mak tunggu sikit mase jer lagi mak. Akak belajar nie semua untuk mak. Akak nak mak bangge ade anak macam akak. Nanti bila akak da kerja, mak bolehlah tinggal ngan akak. Time tu, akak taknak mak buat kerja langsung. Mak duduk goyang kaki jer yer mak.

Mak..
Terima kasih sebab dah jage akak dari akak kecik. 
Terima kasih sebab dah besarkan akak dari akak kecik.
Terima kasih sebab sanggup layan perangai akak.
Terima kasih sebab sanggup jage akak malam-malam kalau akak demam.
Termia kasih sebab sanggup masakkan untuk akak.
Terima kasih sebab sanggup tahan ngan perangai degil akak.
Terima kasih untuk semuanya mak.

Akak sayang mak sangat-sangat. Selamat ulang tahun yang ke-52 mak. 
Dari anakmu, Hidayah. 

10.00pm. 29 december 2011.



Salam sayang,




TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Wednesday, December 28, 2011

IT'S REALLY A GREAT TIME ---> PART 1! :D








Hai kawan-kawan. Aku tahu aku da update arinie. Tapi aku nak update lagi. Ade aku kisah? Haha. Suka hati aku lah kan. Blog aku what? Huu malam nie terlebih ekcited pulak. Yelah baru balik dari jumpa kawan-kawan kelas aku yang memang da lame tak jumpa. Berbulan-bulan kot tak jumpa korang. Pergh masing-masing dah busy. Sorang kawan aku tu dah kahwin pun. Baru kahwin 17 or 18 december ritu. Huhu tapi aku tak pergi pun kenduri die. Yelah kenduri kat kedah tu haa. Celah mane pulak aku nak pergi tu. Terbang pun boleh. -.-'

Tadi kitorang cume pergi makan kat pizza giant jer pun. Well nak jumpa lame-lame and jauh-jauh memang susah lah kan. Transport pun takde. Itupun dah cukup. Heppy sangat-sangat. Rase macam taknak balik tahu tak! Huu tak pasal-pasal ade yang buat khemah depan giant tu nanti. Harhar. Huu suda lah. Nak tunjuk gambar jer sekarang. Siape-siape yang tak pergi tu, Sila jeles sekarang. Hahahaha :DD



see.fify makan tak habis. apelah kau -.-'

sumpah aku rase aku selekeh time jumpa ngan diorang! :(

nak tangkap gambar pun susah diorang nie -.-'

redza, ayuni tak marah kan aku tangkap gambar ngan kau :D

phewiit :D

bunga-bunga yang ade :)

yang pakai cap tu, aku penah lupa yang dia sekelas ngan aku. hee sorry arip. kau duk kelas tu kejap sangat heheh :)

hewhew :D


redza, sumpah aku geli kau buat muke camtu! :p

nie jerlah pun yang ade tadi. tu pun da happening giler.
dari kiri *shera, sue, arif, redza, fify, adila, aku*

Esok aku sambung part 2 pulak. Esok gambar kat luar giant. Haha :D






Salam sayang,




TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Tuesday, December 27, 2011

PERSANDINGAN?

Assalamualaikum...:)

Semalam aku da cerita pasal hantaran perkahwinan kan? Nah, harinie aku nak cerita pasal persandingan pulak. Hui bersambung lah post aku nie. Heheh. *berhenti lagi hari nie makan rambutan 7 bijik. nyum nyum* 

Sekarang nie memang trend orang kalau kahwin pelamin tu mesti nak gah bagai nak gila. Dengan berambu-ramba bagai keliling pelamin, kan. *siape student Sir Sam sila baca macam Sir Sam. Huu mati aku* -.-'. Okay sambung balik. 

Kalau dalam Islam, persandingan itu haram yer kawan-kawan. Bagi siape-siape yang nak jugak bersanding tu, boleh. Tapi cume depan keluarge terdekat jer. Kalau kita bersanding depan keluarga terdekat, itu dikira harus. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak. Tujuan asal majlis bersanding tu kan untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai. Tapi kan ade jugak care lain yang kita boleh guna kalau nak memperkenalkan pengantin tu. Kita buatlah kenduri doa selamat ataupun doa kesyukuran. Eh ker same due-due tu? -.-'. Huhu. Kita jemput satu kampung, saudara mara yang kita nak jemput. Kan boleh jugak kita kenalkan pengantin tu. :D

Okay berbalik pada persoalan kenapa persandingan itu haram? Sebab bila kita bersanding kita mesti nak dress lawa-lawa kan. Pakai baju yang jarang-jarang. Ada satu wedding tu aku pergi, dia pakai gown pastu pakai tudung. Cuba bayangkan. Haa cepat2 bayangkan. Erk ape pelik dah pesen tu. *blugh -.-'

Lagi satu, untuk lelaki-lelaki di luar sane tu. Kau orang kahwin ngan isteri kau orang, then kau orang biar dia pakai baju jarang-jarang then tunjuk kat semua orang. Baru beberapa jam jadi suami dah kena tanggung dosa isteri tu. Itu pun dikira dayus okay. Dayus sebab kau tidak menegur isteri kau. Lagipun, buat ape lah kita tempah pelamin mahal-mahal segala bagai tu semua. Islam sendiri dah melarang pembaziran kan. Duit tu kan boleh simpan untuk lepas kahwin nanti. Buat pergi honeymoon ker kan. Ching ching heheh ^.^

Oleh yang demikian, kalau boleh tu elakkan lah daripada bersanding tu. Kita kan hidup di dunia nie untuk mencari keredhaan Allah. Nak cari pahala nak bawak kat akhirat nanti. So apa kata kita elakkan bersanding tu. Niat aku bukan nak menghasut ker ape. Terpulanglah kat kau orang nak dengar ape aku cakap ker tak. Masing-masing yang baca blog aku pun dah besar kan. Dah boleh pikir sendiri baik buruknye kan. So pikirlah. 

Dan lagi satu. Aku mintak maaf kalau post aku kali nie menyinggung hati sesetengah pihak. Nie cuma pandangan aku jer. Niat aku cuma nak menegur apa yang salah. Itu sahaja. So maaf dari hati aku yang paling dalammmmmmmmmmm sekaliiiiiiiii. Hee :)

comel lak ai aku tengok kucing nie. *meow meow. hitammmmm. pergi mane sayang*








Salam sayang,

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

hanTAran kAHwin!

Assalamualaikum...:)

Hola everyone. Sementara ade kat rumah and tengah ade wifi nie, baik aku online sebanyak yang boleh kan. Heheh. Tapi jangan lah korang semua muak pulak dengan ape yang aku post. Aku pun bukanlah blogger hebat. Entry pun merapu meraban jer. Terima jelah eh korang. 

Berbalik pada tajuk aku tu, kali nie aku nak cerita pulak pasal hantaran kahwin. Korang mesti pelik kan kenapa aku nak cerita pasal bende yang berkaitan dengan kahwin nie. Mesti korang cakap aku nie gatal kan. Hui siapa yang tak nak kahwin hui! Aku pun nak kahwin. Dengan orang yang aku sayang lah kan. Tapi jodoh semua kan dekat tangan Tuhan. Aku cuma boleh berdoa aku dapat suami yang baik, beriman, yang boleh bimbing aku, yang boleh terima aku dan jugak family aku. Hui ape aku merepek pasal ciri suami aku pulak nie. -.-'

Sekarang nie, orang semua heboh pasal mak bapak letak hantaran kahwin anak tinggi-tinggi. Kadang-kadang orang cakap macam nak jual anak pulak. Ade pulak sekarang nie hantaran kahwin ikut status belajar. Amboi! Ingat anak tu barang ker ape macam nak dijual ikut harga belajar. Meh sini aku list nilai hantaran tu. 

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM, DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000


*makan ubi rebus cicah kelapa + garam. emm sedapnye. heheh iklan * Okay sambung balik. Hmm ape pendapat korang dengan bende nie? Agak-agak kena ikut ker bende nie? Kalaulah ade family yang memang ikut cara nie, mau kering si lelaki tu nak cari duit. Untung kalau lelaki tu sanggup nak cari duit, kalau die pergi jer tinggalkan perempuan tu dah haru. Takpun perempuan tu ikut lelaki tu kahwin lari. Kan lagi susah. 

Jadi mak bapak di luar sane tu, janganlah letak hantaran tinggi sangat. Yang nak kahwin pun kan anak tu. Bukannya mak bapak sekalian. Lagipun hantaran nie bukanlah perkara wajib pun. Yang wajib kan akad nikah dengan mas kahwin tu. Hantaran kan sekadar hadiah sahaja. Islam kan melarang kalau sesuatu bende tu membebankan orang lain. Lagipun hantaran tu tak menjanjikan kebahagiaan sesuatu perkahwinan tu pun. Hantaran tinggi melambung tapi 3 4 tahun lepastu bercerai. Hmm tak membazir ker semua tu? 

Lagi satu, bila hantaran tinggi, si lelaki pun terpaksa lah cari jalan nak kumpul duit. Kalau mak bapak perempuan tu nak cepat, si lelaki pun terpaksa lah pinjam duit daripada bank. Kahwin tapi pinjam duit? Macam mane tu? Macam mana nak berkat kalau kahwin pun pinjam duit? Berhutang? Kan da susah jugak tu. Nanti nak bayar duit kerete lagi. Duit rumah lagi. Tu belum nak beli perabot lah. Nak honeymoon bagai. Haishh kena pikir jugak semua tu kan. 

Perkahwinan kan sepatutnye melengkapkan hidup antara lelaki dan perempuan. Nak cari redha Allah. Nak menghalalkan ape yang haram. Tapi kalau kahwin pun kita dah berhutang, macam mane nak berkat? Macam mane nak dapat redha Allah. 

Huu sudah dulu lah eh. Buat perempuan2 di luar sane. Jangan lah korang pergi cakap kat parents korang yang korang nak duit hantaran tinggi2 pulak. Dan yang lelaki2 tu pulak, sila lah kumpul duit anda dari sekarang. Kalau boleh tu elaklah meminjam daripada bank semata-mata nak kahwin. Hee peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya. :D

Tak tahu nak letak gambar ape sebenarnye.

Salam sayang...:)


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Monday, December 26, 2011

UJIAN ALLAH

Assalamualaikum...:)


Hai semua. Semoga semuanya sihat-sihat hendaknya. Ye saya tahu saya sudah lama tidak mengupdate blog yang tidak seberapa nie. Blog pun tidaklah lawa mana kan. Jadi siapa lah yang nak baca blog saya ni kan. Kembali kepada tajuk saya tu, kali ni saya nak berkongsi sedikit mengenai ujian yang ALLAH S.W.T berikan kepada kita.


Kita sebagai hambanya yang sememangnya kerdil di mata Dia akan selalu diuji dengan berbagai-bagai ujian daripada-Nya. Ada yang diuji dengan penyakit, perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya. Lagi banyak kita diuji lagi banyak Allah sayang kat kita. Baru-baru ini kawan saya kehilangan ibu yang disayanginya. Meskipun saya tidaklah serapat mana dengan dia, tetapi sebagai kawan saya juga terasa tempiasnya. Saya kehilangan mood untuk beberapa jam. Saya tidak dapat bayangkan sekiranya hal itu terjadi kepada saya. Sesungguhnya kematian memanglah sesuatu yang pasti. Kematian akan datang tidak kira umur, waktu atau dalam keadaan apa sekalipun . Semoga kita semua akan meninggalkan alam bumi ini dengan cara yang beriman. Sebelum itu, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu kawan saya dan juga kepada semua saudara-saudara kita yang telah meninggalkan kita. Al-Fatihah.


Saya tahu saya bukanlah siapa-siapa yang berpangkat besar untuk bercerita mengenai ujian Allah. Tapi saya juga manusia biasa yang bergelar hamba yang juga tidak lepas daripada diuji oleh-Nya. Bercerita mengenai diri saya sendiri sebagai seorang student, banyak ujian yang terpaksa saya tempuhi sebelum saya dapat berada di tahun terakhir ini. Namun begitu, berkat doa ibu bapa saya, bantuan daripada kawan-kawan saya, Alhamdulillah saya mampu juga. 


Tetapi, saya juga terkilan kerana saya belum mendapat title Dekan lagi. Mungkin bukan rezeki saya. Itu juga adalah ujian saya untuk saya terus belajar. Tipulah kalau saya tidak berputus asa bila saya tidak mendapat 3.5 ke atas. Saya pernah menyesal. Dan itu adalah dosa kerana saya tidak berpuas hati dengan apa yang Allah sudah berikan kepada saya. Yelah, bila kita tengok orang lain lebih-lebih lagi kawan kita dapat naik pentas, mestilah kita iri hati. Seorang demi seorang kawan saya yang dapat menerima plag dekan itu. Mungkin memang bukan rezeki saya. Semua berlaku ada hikmahnya. Mungkan Allah tidak menjadikan takdir saya mendapat dekan itu kerana Allah tidak mahu saya riak satu hari nanti. Apa-apa pun saya tetap bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang. 


Di sini saya ingin berkongsi mengenai cara-cara untuk kita menghadapi ujian Allah. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu sahabat-sahabat saya di luar sana. 



  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan mengenai ujian Allah ini. Di sini saya sertakan link dari mana saya tips tersebut. 

sabar itu separuh daripada iman :)

Salam sayang...:)

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Monday, December 12, 2011

KepaLA kuSut!

Assalamualaikum...:)

Fuh fuh! Hachum! Huu punyalah berhabuk sampai boleh bersin-bersin haa nie. Hewhew maaf lah yer. Delima nie name jer kolej baru. Tapi unifi takde pun. So hidup lah dengan tkde internet nie. Nie online pun sebab curi laptop ngan broadband aten jap. Thankz aten! Sayang kau heheh :)

Ade tak yang rindu aku? Rae macam takde jer. Yelah aku nie bukannye famous mane pun kan. Hot apetah lagi. Takpelah. Jadi diri sendiri lagi bagus. Daripada jadi hipokrit. Buat menyampah orang jer. 

Hmm mula-mula week jer dar start kusut kepala. Macam-macam masalah yang ada. Masalah peribadi apetah lagi. Masalah projek lagi. Itu projek ECM ngan ETR tak start lagi tu. Kalau da start agaknye hujung minggu mesti terbongkang nak ganti balik tidur-tidur time ade class tu. Haha. Perangai anak dare tak semenggah langsung kan! Huu.

Huu malas pulak aku nak merepek lame-lame nie. Nak sambung buat keje balik lah. Time ade mood nie baik aku study. Satgi kalau da takde mood jangan harap lah aku nak sentuh buku-buku tu. Tata  for now  readers! :)

 kecik-kecik da pandai bace buku. kalau dapat anak camnie mesti seronok! tehee :D

Salam sayang...:)
TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Saturday, December 3, 2011

BahAGia waLAUpun SeKEjap...:')

Assalamualaikum...:)

Morning semuanya. Harap korang semua sihat lah yer. Entry kali nie aku post dari rumah tercinta aku. Owh yeah aku kat rumah okay! Haha. Seronok gile bile dapat balik rumah. Walaupun baru 2 minggu aku kat Penang tu kan. -.-'

Sejujurnya aku taknak balik sekarang nie. Aku nak duduk kat rumah jer sekarang nie. Boleh tak? UiTM taknak bagi cuti khas kat aku ker? Huhu. 

Sepatutnya kata nak balik kul 9.30 tapi sekarang kul 9.50 and aku still tak siap apa-apa pun  lagi. Hewhew. And mak tak bagi aku balik sekarang pun. Mak suruh aku balik lepas makan. Dapat makan mak masak lagi. Hee. :)

Semalam banyak gila aku makan. Sampai rumah makan tomyam mak masak. Then rambutan lagi. Tembikai kuning. Pastu petang tu pergi beli durian sebab ada yang mengidam durian. Tapi bukan aku yang mengidam tu okay . Huhu. Malam tu lepas makan nasi makan sate pulak. Huh kalau lah kat Penang boleh makan semua tu bila-bila aku nak. Alangkah bagusnya kan. :(

Okaylah aku nak pergi masak sekarang. Doakan perjalanan aku selamat balik Penang nanti yer kawan-kawan. 


Salam sayang...:)

p/s : sorry ayat macam ntah pape. update sebab da lame tak ade new entry and sebab nak bagi sape-sape yang tak balik tu jeles. :D
TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Saturday, November 26, 2011

Santalia di S.M.K.U.K :)

Assalamualaikum...:)

Harap-harap korang semua sihat lah yer harinie. Kali nie kau nak cakap pasal kelas aku mase aku form4 ngan form5 dulu. Aku amik sains teknologi dulu. Kalau ikut result tu boleh jer nak amik bio. Tapi aku yang tak minat. So tercampak lah aku kat dalam kelas tu. And alhamdulillah aku memang fit dalam kelas tu. 

Okay entry kali nie memang penuh dengan gambar. So sape yang tenet lembab tu. Padan muke korang! heheh 

ini gambar mase form4. Nampak tak semua muke suci jer lagi time tu. :)

*p/s : yang baju biru tu AJK Koperasi. Yang baju merah tu Pengawas. Sepatutnya Penolong Pusat Sumber pakai baju hijau. Tapi ade yang laki jer. Tie hijau. So maybe tak nampak dalam gambar tu. haha

Nie gambar time form5. Dulu budak laki kelas aku punyalah nakal. Sampai diorang pergi kunci cikgu aku tu dalam toilet. Mau tak mengamuk cikgu aku tu. Haha

Rindu korang semua. 

Yang kiri tu redza yang kanan tu subhan. Subhan tu study dekat PSP jer. Punyelah dekat ngan aku.Tapi sekali jer aku penah nampak die. Padahal dia cakap die selalu nampak aku. Okay aku yang rabun ker ape?
 -.-' 
Yang tu Epoi ngan redza LAGI.

Nie shariman ngan redza lagi. Perasan tak banyak gambar sape jer dalam nie?:p

 
Yang comel tu Diana. Adik Fizo Omar tuuu. Yang belakang tu azuan. Aku pun tak tahu ape motif die diri dalam gambar nie.

Hero dalam kelas aku.Ada lagi nie sepatutnya. Epoi, rashidi, muzamil, nordin, fifi ngan subhan.

Candid. Nampak tak cikgu aku tu statik jer. Memang camtu lah dia dalam kelas. Keras jer ajar kitorang. Nasib baek ajar lukisan kejuruteraan. Kalau ajar bahasa melayu camne. Haha maaf yer cikgu. Sayang cikguuuu. :)

Shera...<3 :)

Sue...<3 :)

Kalau korang nak tau. Nie dua perempuan yang comel nie lah kawan yang aku rapat dekat dalam kelas. Pegi rehat same. Pegi toilet same. Nak dekat setahun jugak lah tak jumpa. Shera tu da belajar kat sarawak. Time aku cuti dia tak cuti dan begitulah sebaliknya. Sue pulak belajar kat Petaling Jaya. And now dia pun da pindah johor. Lagi lah susah aku nak jumpa. Miss korang sangat-sangat baby. :(


Okay itu jer untuk kali nie. Dah lame kitorang tak keluar same-same. Masing-masing busy dengan study. Hope dapat jumpa korang satu hari nanti. 

Salam sayang...:)

*p/s/s: Aku curi gambar tu dari group kita. Sorry okay! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

KesEOranGAn = :(

Assalamualaikum...:)

Harini hari kedua aku kena tidur dekat rumah nony. Haish bosannya hidup bila takde bende nak buat. Bukan maksud aku nak mengeluh ataupun ape. Tapi bila duduk sorang-sorang and taktau nak buat ape. Boleh jadi serabut lar jugak kepala otak nie.

Tadi bila on jer facebook, abang ipar sedare aku (paham ker wei) or abang rizal terus chat. Bagitau family aku pergi rumah mak mentua dia ataupun rumah makcik aku. Haish untunglah. Boleh pergi rumah orang. Boleh makan rambutan. Favourite aku pulak tu. Rase macam nak suruh ayah amik aku sekarang jugak sebab aku nak makan rambutan tu. Dan yang buat aku tak puas hati tu, boleh pulak abang rizal pergi sent gambar ayah tengah duduk kat dalam rumah tu. Haish lagilah sedih. Aku pun ada hati tau. 

Nie nak cerita nie. Tadi petang baru jer habis baca novel yang aku baru  beli haritu. "Air mata rindu". Serious seronok baca buku tu. Buku tu takdelah macam buku novel yang biasa-biasa berlambak kat kedai tu. Selalunya novel yang aku baca mesti pasal cinta tige segi. Tapi novel tu tak macam tu. Banyak gila konflik dalam cerita tu. Dan cerita tu pasal seorang wanita yang bernama Eryna Izzati. Eryna Izzati banyak mengajar aku masa aku baca cerita tu. Ajar aku untuk tidak cepat melatah dalam ape jua keadaan. Ajar aku untuk sentiasa bersabar dan sentiasa ingatkan Allah. Ajar aku untuk sentiasa ingat bahawa setiap kejadian yang jadi mesti ada hikmahnya. Kalau korang semua nak tahu lagi, pergilah beli buku tu. Huhu :D

Nie cover depan buku tu. Huhu comel okay itu tangan.

Esok tak tahu lah ape pulak yang aku nak buat. Takkan nak tidur satu hari pulak. Da lah fruit heart aku takde. Kalau ade boleh jugak aku keluar daripada terperuk jer dalam kolej nie. Haish nasiblah awal-awal sem lagi da bosan duk kat penang nie. 

Ade sape-sape yang nak hantar aku balik tak? Pleaseeeeee.........

See i'm begging someone...............

Dan lagi satu. Salam MAAL HIJRAH buat semua yang aku kenal. Sama-samalah kita berhijrah ke arah kebaikan. :)

Salam sayang...:)


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Friday, November 25, 2011

KAWAN LAMA versus KAWAN BARU!

Assalamualaikum...:)

Kenapa aku tulis tajuk entry aku macam tu? Mengapa terjadinya tajuk entry itu? Siapa yang menyebabkn aku menulis entry macam tu? Bagaimanakah aku boleh menulis entry macam tu? Okay sudah lah. Kalau semua nya penuh dengan soalan sampai lusa pun tak habis lagi.

Dalam hidup kita, kita akan bertemu dengan berbagai ragam manusia. Dan manusia-manusia itulah yang akan menjadi kawan-kawan kita. Kalau nasib kita baik, kita tentu akan mendapat kawan yang baik. Yang selalu menegur kita ke arah kebaikan. Selalu ingin membimbing kita ke jalan yang lurus. Tapi kalau nasib kita tidak baik ataupun boleh dikatakan kita yang telah tersalah pilih kawan, maka kita akan mendapat kawan yang kurang elok perangainya. Kawan yang selalu mengajar kita benda-benda yang membawa kepada keburukan. Sekiranya iman kita tidak kuat, maka hanyutlah kita bersama kawan tersebut.

Okay intro saja sudah panjang berjela. Belum masuk lagi isi kandungannya. Apa kau ingat ini karangan SPM ada pendahaluan ada penutup segala bagai? -.-'

Masa aku kecik-kecik dulu, nak kata aku ramai kawan pun tak lah jugak. Sebab aku nie sememangnya tidak peramah. Sape  yang baru nampak aku mesti kate aku sombong. Bukan sorang dua yang cakap camtu. Dah ramai. Dah biasa pun. Biarlah ape orang nak cakap pun. Aku tak kacau hidup orang ape! Bila masuk sekolah menengah, ramai lah sikit kawan-kawan aku. Time tu baru nak kenal dunia. Baru nak kenal semua orang. Baru nak kenal apa itu couple. Hikhik gatal kan aku. 

Bila da masuk UiTM nie lagi lah ramai kawan aku. Kawan kepada kawan aku pun boleh menjadi kawan aku. Walaupun aku tak sekelas dengan dia, tak se-course ngan dia, aku tetap boleh kawan ngan dia. Itu maknenyer ada perubahan lah kan. Tapi aku tetap aku yang dulu. Tetap aku yang akan dicop sombong bila pertama kali bersua muka. -.-'

Kesimpulannya di sini, kawan lama ker kawan baru ker, itu tetap kawan kita. Tak kisahlah sudah terpisah lama macam manapun, tapi kalau dah jumpa depan mate tu reti-reti lah tegur. Kalau aku tak tegur kau, kau tegur lah aku dulu. Nie tak, aku tak tegur kau then kau tak tegur aku pastu kau terasa. Mulalah nak tulis kat status bagai kata aku da sombong ngan kau! Haluu. Jangan lah ingat aku nie sempurna sangat. Mungkin aku tak tegur kau sebab aku tak perasan kau. Ataupun sebab aku tak ingat kan kau. Apapun maaflah yer. Tak rugi pun kan kalau kau tegur aku dulu. :)

Cukuplah sampai sini okay. Yang nie pun aku rasa da boleh buat orang ngantuk nak baca. Heheh. 

Saya sayang semua kawan-kawan saya. Tak kiralah sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun yang di UiTM nie. Semua tu kawan-kawan saya. 

Salam sayang...:)



TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Thursday, November 24, 2011

CUTI = TAKDE MAKNE!

Assalamualaikum...:)

Hari ni hari jumaat. Tak perlu lah kot aku nak cerita hari jumaat tu ape, kebesaran hari jumaat tu ape, korang semua da besar kan. So pandai-pandai lah gunakan akal tu okay. Harini tersangat lah bosannya. Sorang-sorang balik rumah. Sampaikan rumah aku cuma tinggal dua orang jer lagi. Itupun lain-lain bilik. Kalau sampai hari isnin macam nie,mau aku bercakap dengan dinding yang ada kat tepi aku. Ish! 

Sejujurnya aku tak tahu apa pun nak update nie. Otak blurr jer. Macam kosong. Yelah, jasad aku memang lah kat Penang. Tapi hati aku? Dah terbang sampai ker Ipoh da. Mak...Akak rindu mak. Kalau akak boleh terbang, sekarang jugak akak terbang pergi dekat mak. Akak rindu mak sangat-sangat. Huu...:'(

Haish....Minggu depan da lar kena bawak architecture drawing. *Betul ker camtu aku eja? Huu. Mana kitorang nak cekau plan tu dalam masa seminggu. Mau tertonggeng cari plan. Call syarikat sini takde call syarikat sana pun takde. Abeh tu mana nak cari. *pengsan -.-'

Semester nie kelas aku memang tak pack mana pun. Tapi project jer banyak dalam tu. ETR300, ECM317 ngan ECS316 sumenye ada project. Mana nak perah otak nak pikir nie semua? Haish Hidayah. Takpe lah. Bak kate En. Ammar, niat tu penting. Aku datang Penang kan nak belajar. So aku kenalah terima semuanya. Niat pun kerana Allah Ta'ala. Tak terlambat kot untuk aku ulang niat yang En. Ammar cakap semalam. Sahaja aku belajar kejuruteraan awam di UiTM Penang untuk 6 sem tunai kerana Allah Ta'ala. Kawan-kawan semua. da bace niat belum? Kalau belum sila lah baca. Betulkan niat masing-masing. Barulah Allah nak tolong kita. Kalau kita tak usaha camne Allah nak tolong. Ingat rezeki tu turun tetibe dari langit ker untuk kau? Abah kau! Huu :D

Aku rase macam aku da merepek panjang dalam entry kali nie. Da lar entry tu takde kene-mengene pun ngan tajuk tu. Sorry lah yer kawan-kawan. Saya memang takde cerita nak update tapi cuba gagahkan diri untuk update sebab da lame tak update. Hee... 

Semoga bertemu kembali.

See that image. Take a smile in whatever step you take. You will find happiness in there. :)

Salam sayang...:)


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Saturday, November 19, 2011

PANTANG-LARANG versus SITUASI SEBENAR

Assalamualaikum...:)

Haluu. Harini bermula lah semester baru di UiTM Penang. Penat betul harini. Memang lah dapat rumah baru tu seronok. Tapi kalau nak kena sental satu rumah tu.Amboi sakit juga badan ni. Apapun bukan itu yang aku nak ceritakan harini.

Macam tajuk yang kat atas tu. Ada tak antara korang yang stil amalkan pantang-larang zaman dulu tu? Well dalam family aku of course lah mak aku kan. Sikit-sikit jangan buat itu jangan buat ini. Ada orang yang cakap pantang-larang ni semua benda yang kolot. Tapi kalau difikirkan betul-betul, ada jugak baiknya. Aku tak cakap yang semua pantang-larang tu baik. Tapi pada aku apa yang mak aku selalu pesan, ada lar juga baiknya walaupun sikit. Huhu.

Meh sini aku listkan pantang-larang yang selalu mak aku sebut bila aku kat rumah. Tapi apa yang mak aku cakap, bukan semuanya aku tafsir ikut yang mak aku nak. Aku mesti tafsir benda lain. Hahah. Itulah aku.

* 1
Pantang-larang : Jangan makan baring. Nanti dapat suami malas.
Situasi sebenar : Jangan makan baring. Nanti kau tercekik siapa yang susah?

* 2
Pantang-larang : Jangan menyanyi kat dapur. Nanti dapat suami duda.
Situasi sebenar : Jangan menyanyi kat dapur. Sebab suara kau tu tak sedap macam Siti Nurhaliza.-.-'

* 3
Pantang-larang : Jangan duduk dekat tangga. Nanti takde laki nak pinang kau.
Situasi sebenar : Jangan duduk dekat tangga. Nanti kalau kau jatuh siapa juga yang susah?

*4
Pantang-larang : Jangan menyapu tak bersih. Nnti dapat suami pengotor.
Situasi sebenar : Jangan menyapu tak bersih. Sebab kau tu anak dara. Tak reti buat kerja ker? -.-'

Hakhak. Itulah antara pantang-larang yang selalu mak aku sebut kat rumah. Dan selalunya aku cuma akan jawab 'iye' dan aku akan buat lagi benda tu. Biasalah manusia kan. Apa yang ditegah itulah yang dibuat. Macam aku.-.-'

Korang pulak macam mana? Ada lagi tak yang amalkan pantang-larang nie semua?

* okay gambar takde kena-mengena ngan tajuk pun.:)

Salam sayang...:)

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Friday, November 18, 2011

New Sem New Life!

Assalamualaikum...:)

Hoyeahh! akhirnya aku buat blog jugak. Nie semua pasal si zizie madu yang macam da cabar aku. Okay untuk kau zizie aku sahut okay cabaran kau tu! Nah amek kau baca sampai lebam walaupun takde isi okay.

Title kat atas tu nak gempak jer kan. Okay nak cerita nie. Kalau korang taknak baca pun takpe. Ada aku kisah? Ini cerita aku! Haha (gelak jahat). Esok bersamaan dengan 19 November bermulalah hidup aku sebagai seorang student di UiTM Pulau Pinang. Hey aku da sem 6 okay. Ingat aku budak-budak lagi ker? *blugh -.-'

Tadi mak da warning awal-awal da. "kak esok bangun pagi. Nak gerak cepat". Haish mak ku sayang. Tau lah akak nak balik da nie. Tapi bunyi macam nak halau akak jer. Sobs Sobs. -.-'

Untuk Nony yang aku tau kau akan bace post aku nie. Esok tunggu aku okay. Kita daftar same-same. Kau tak tunggu aku, aku merajuk sampai ari ahad. Okay sampai ahad jer sebab aku kan kena minta tolong kau angkat barang nanti. Hehe sayang kau okay! :)

Dan untuk adik aku ika, jage mak okay. Kau online jer keje siap kau. Tau lah da cuti. Okay nie more kepada jeles sebab aku da abeh cuti. Haish. -.-'

Sekian dulu untuk kali nie. Aku kene sambung kemas barang. Mak da bising sebab tak abih kemas lagi. "yer mak akak datang nie". Hehe.

 
Ehsan pakcik google. Sikit jer lagi untuk aku genggam diploma aku. Sikit jer lagi untuk aku gembirakan mak dan ayah aku. :')

Okay stop. 

Salam sayang...:)
TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!