iklaneka

Tuesday, August 28, 2012

REALITI HIDUP BUKANNYA NOVEL

Assalamualaikum dan selamat hari raya :)

*peringatan. entry ini agak panjang. siapa yang rasa tidak mahu baca. sila lah tekan X*

Sudah lama rasanya tak membebel kat blog nie. Hmm malas sebenanya. Nak cari idea tu pun bukan senang. Ingat idea turun dari langit time tengah tidur ker apa? Owh mungkin ada orang yang macam tu. Tapi bukan saya. Kehkeh.


Saya punya hobi, sangatlah suka baca novel melayu. Segala macam novel cintan cintun semua baca. Siap ada banyak lagi tu kat rumah. Dan masih tak sedar diri mahu beli novel lagi. Kehkeh. *kena bising sama emak*. Selalu dalam novel, mesti ada cerita pasal seorang perempuan nie, yang memendam perasaan dekat seorang lelaki nie. Dan tiba-tiba datang lelaki lain masuk meminang perempuan tu. Mesti perempuan tu serba salah. Hati masih menunggu si lelaki yang diingini tapi dalam masa yang sama lelaki lagi satu dah tunggu nak masuk meminang.

Macam mana nak buat? Nak belah badan? Sebelah tunggu lelaki tu dan sebelah lagi pergi kahwin dengan lelaki lagi satu tu? Gila apa? Mesti susah kan kalau ada dalam situasi macam tu. Nak nak pulak masuk campur tangan dari parents. Mesti lagi serabut. Tak dapat bayangkan kalau diri sendiri berada dalam situasi macam tu.

Tapi seriously, kawan saya berada dalam situasi macam tu. Kawan baik saya. Boleh bayang tak? Kawan yang kita kawan dah lama, yang kita tahu hidup dia macam mana, tiba-tiba ada dalam situasi macam tu. Sangat-sangat kesian kat dia. Menunggu lelaki yang disayangi tapi si lelaki buat endah tak endah. Tapi dalam masa yang sama ada lelaki lain ingin masuk meminang dan mengatakan mahu kahwin tahun depan. Banyak kali saya cakap pada dia, saya seperti sedang membaca novel sekarang. Tapi bezanya. Bila kita membaca novel, kita boleh tahu ending dia macam mana. Tapi kisah hidup kawan saya tu? Masih lagi tertanya-tanya ker mana hala tuju hidup dia.

Banyak kali saya bertanya, masih menunggu lagi kah? Dan jawapan daripadanya mestilah. Sebab dia sayangkan lelaki itu. Andai kata lelaki tu taknak balas cinta dia baru dia pergi kepada lelaki lagi satu. Dan saya menjawab. Tak kesian dekat lelaki lagi satu tu? Kesian dia menunggu cinta awak. Sampai bila mahu menunggu si dia? Bagaimana kalau si dia tidak membalas cinta awak. Saya sangat-sangat tidak mahu awak kecewa. Selalu saya nasihatkan dia. Solat istikharah lah. Doa banyak-banyak supaya awak dapat petunjuk. Allah takkan uji hamba dia lebih dari kemampuannya. Saya tahu awak mampu lalu ujian nie. Apa-apa pun saya akan sokong awak. Saya akan tetap berada belakang awak untuk sokong awak walaupun masa tu tiada siapa lagi yang sokong awak.

Buat awak, ingat cakap saya. Kita hidup untuk masa depan. Saya tak nak awak kecewa bila menunggu si dia yang entah sampai bila baru membalas cinta awak. Sedangkan sudah ada seorang lelaki yang sudi menyayangi awak sepenuh hati dia. Awak patut bersyukur kerana ada orang yang sayang awak dan sanggup tunggu awak. Sanggup jumpa parent awak untuk menyatakan hasrat hati dia. Bukan semua lelaki berani seperti dia. Apa-apa pun, doa banyak-banyak yer awak. Ehem ehem lagi satu. Muka awak sama seperti diaaaaaa. Kehkeh :p

Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Thursday, August 9, 2012

SEDIKIT PERUBAHAN :)

Assalamualaikum.

Agak lame jugak yaa tak update blog nie. Heheh bukan malas tapi takde idea. Okeylah malas jugak heheh. Kali nie yaa nak sentuh pasal pemakaian tudung kita. Yaa taknak sentuh banyak-banyak sebab takut ade yang terase. Yaa just nak bagi pandangan sikit jer. Sikit jer tau.

Okeyh sekarang nie tudung bawal dah up balik kan. Macam-macam pattern ade. Dua tone tiga tone yang bercorak yang berbulu heh semua ada. Sebut jer nak camne mesti dapat. Orang laki mesti suka kan tudung bawal dah up balik. *lari topic*. K sambung balik.

Tudung bawal sekarang nie yaa tengok makin nipis pulak. Tak kire lah mahal ataupun murah tapi kain die mesti nipis. Yang membezakan mahal murah tu semua kualiti die jer. Tapi still nipis. Why camnie? Tudung yang bercorak tu lagilah nipis yaa tengok. Adeh nak pakai pun pikir banyak kali. Tapi boleh jer kalau kita nak pakai jugak . As long as kita pakai lah inner tudung bawal tu.

Inner tu boleh cover leher kite. Taknak lah nanti orang lelaki tengok leher kite. Pakai tudung tapi nampak batang leher. Hmm tak elok lah camtu kan. Dulu kalau keluar dengan die, confirm kene tegur. Jawapan yang selalu yaa cakap. "Nak buat camne dah tudung tu nak jarang, nak pakai tudung camne lagi." Adeh jahilnya diri nie. Sekarang nie yaa cube nak berubah sikit-sikit. Mule-mule pakai lah inner tudung tu. Takde lah orang laki tengok kite terteleng-teleng pale hoi. Haha.

Kat sini yaa tunjuk sikit camne rupe inner tudung bawal tu. Ngan rupe die bile kite dah pakai kat kepala. Kalau awak-awak kate pakai inner nie panas, hmm sorry lah yaa taknak cakap ape-ape dah k. semuanya terpulang kat awak. *peace*

ini rupe inner tu.


dan ini bile kite dah pakai kat kepala kita. 

Emm emm lagi satu kan awak-awak. Janganlah pakai sanggul tinggi tu awak. K taknak cakap banyak-banyak. Cari sendiri sebabnye. Kihkih. 



Salam sayang,

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Saturday, August 4, 2012

SEDIKIT RENUNGAN BERSAMA :)

Assalamualaikum...



Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."



Semalam

, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"



Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.



Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.



Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.



I just want to share this. I don't want to support it nor to condemn it. In the end, it always depends on how you live with your partner and how you adapt with that new situation when you are already married. I’m not married yet so I don't know how I’ll be when I married. Just think deeper when you want to make a really big decision. I already know what I want to do with my life first. But remember, we must leave everything to Allah. It does not going to happen if Him won’t allowed it to be. Just keep praying and don’t ever stop praying to him. ^^,



Salam sayang,

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Thursday, August 2, 2012

MENGIMBAS KENANGAN PUASA :)

Assalamualaikum…

Dah dua entry dah yaa update yang sedih-sedih jer bunyinye nie. Kali nie nak update pasal entry time puase pulak lah. Hmm dulu dah 3 tahun sambut puasa kat penang. Bayangkan lah yaa tak pernah masuk sekolah asrama. Mase malam pertama duduk penang pun dah sedu-sedu atas katil. Hikhik malu. Okey dah-dah sambung balik. First time sambut puase jauh dari family. Kalau dulu ade mak yang masak. Pastu ayah bawak balik kuih dari bazaar yaa yang ambik and susun kat pinggan. Pastu tunggu waktu buke same-same. Sahur same-same. Hmm lain perasaan die bile sambut dengan kawan. Sape setuju angkat tangan? Bahaha.

Dulu mase sem1 duduk kat baiduri. Sebilik 4 orang. Hmm nasib baik dapat sebilik dengan budak-budak yang weng. So kepale pun boleh weng. Hikhik maafkan saya yer nony, nat and dan. *peace*. Mase nak berbuke jer empat-empat duduk sila kat bawah. Buke same-same. Ade satu mase tu yaa buke sorang-sorang. Huhu sedih jer time tu. Rase nak nangis pun ade buke sorang-sorang. Bile time sahur pulak yaa bangun dulu. Pastu kejut diorang. One time yaa tak sedar, hah amik kau semua tak bangun. Bahaha tak senonoh masing-masing. Dulu sahur beli nasi satu polisterin tu kongsi 3 orang. Haa hebat tak? Haha buat cukup syarat jer makan pun. Haha.

Lepastu puase yang ke-2 mase sem 3. Hmm time tu duduk kat mutiara pulak. Mutiara tu mak aih dah lah jauh. Kene pulak time bulan puasa. Haa sabar jelah nak menapak. Kitorang yang duduk mutiara dulu yaa, aten, paein ngan diana. Yaa ngan paein serumah then aten ngan diana masing-masing rumah lain. tapi dulu diorang kumpul rumah kitorang jer selalu. Mase sem 3 nie tak banyak sangat drama time bulan puasa. Haha maybe sebab dah kali kedua puase jauh dari family so dah boleh adapt bende tu. Dah rase macam alah kacang jer. Bahaha cakap besar tau. Time nie sahur dengan paein jer dalam bilik. Masing-masing malas nak keluar. Well kalau siapa yang pernah tinggal kat mutiara tu, dapat pulak blok hujung siap tingkat atas lagi kau, haa memang idok ler nak keluar jam-jam tu weyh. Sanggup bawak masuk terus botol air ngan roti. Telan 2 keping ngan minum air. Bum tidur balik. Haha.

Puase yang ke-3 kene time sem 5. Time nie dah rase diri tu besar sikit. Semua mall kat penang tu dah pergi. Haha. Kali nie yaa tinggal kat Kristal. Satu rumah 8 orang. Satu bilik 4 orang. Dapat serumah ngan yang weng huu confirm kepale weng. Selalu buka dengan kurma sebijik pastu pergi solat maghrib dulu. Pastu baru makan nasi dengan diana, pah ngan nani dekat bawah. Bersila kat bawah sonang. Kadang-kadang yaa buka luar dengan emm dengan emm dengan ehem2 lah. Heheh. Kalau buke kat luar tu selalu pergi pacific. Instead of pergi mall yang lain, yaa lebih prefer pergi pacific. Sebab die akan bukak lagu raye kuat-kuat. Huu semangat raye lebih sikit. Kalau buka luar, minum air twister depan surau dengan die. Pastu solat dulu baru pergi makan. Dah habis makan apo laei, jalan-jalan lar weyh. Nak-nak pulak pacific tu penuh ngan baju semua. Wahh heaven weyh. Seronok seronok. Lagi satu standard orang perempuan mesti lah ade yang tak puase kan. Kadang-kadang keluar bilik eh eh bau Nescafe. Eh eh bau maggi. Haha itu perkara normal. Kot laki buat camtu yer itu abnormal namenye. Haha.
 

Tahun nie, kali pertama sambut puase dengan family after 3 years jauh dari family. So mulelah kerja sambut kuih susun kuih semua. Tapi seriously rindu mase buka kat penang. Rindu nak buke dengan kawan-kawan, rindu nak buka dengan dia. insyaAllah kalau umur panjang yaa nak buke dengan korang semua lagi. Nak sahur dengan korang. Nak kongsi makanan dengan korang. Nak buke dengan dia nak jalan-jalan after makan dengan dia. Indah sangat kenangan mase puase kat penang. Walaupun jauh dari family, tapi yaa ade kawan yang sentiase ade dengan yaa. Itu dah lebih dari cukup.

Ape-ape pun korang, selamat berbuka dan selamat bersahur. Oh oh sorry entry kali nie sangat lah panjang. Ampunnnn. Tata.

Nak sambut puasa dengan bakal suami satu hari nanti! :)


Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

TERIMA KASIH KAWAN :)

Assalamualaikum...

Kita hidup di dunia nie sentiasa di uji. Tak kira lah besar ataupun kecil ujian tu, sedar ataupun tidak tapi kite takkan lari dari menerima ujian Allah. Bak kata orang Allah takkan menguji kite lebih dari yang kita mampu. Itu memang betul. Tapi kalau dipikir balik kenape ramai yang tak tertanggung menerima ujian dari Nya? Hmm wallahualam. Itu semua urusan die dengan Allah di akhirat sana.

Apa yang yaa nak cakap kat sini, untuk sebulan nie, yaa memang di uji oleh Allah. Hmm rasenye tak perlulah yaa bagitahu yaa di uji macam mane. Tapi kadang-kadang bila kita diuji sekuat mana pun kita, kita tetap akan jatuh. To be truth yaa memang pandai bagi nasihat kat orang. Bila dengar problem kawan yaa bagi nasihat. Bukan sorang tapi ramai. But when it comes to me, I’m really weak at facing the problem by myself. I need someone that can calm me down when I’m felling down. I know Allah is there for me, but I need someone or more to be talked to. Lucky me, I have some friends.

Untuk aten, thanks ten ade untuk aku. Kau tak pernah letih dengar aku mencurah kat kau kan. Banyak pulak tu. Since dari kite belajar dulu sampai sekarang. Setiap kali aku ade masalah kau orang pertama yang aku cari. Thanks sangat-sangat. Walaupun kite dah jauh sekarang, aku nak kau tahu yang aku sayang kat kau sangat-sangat. Aku rindu kat kau. I miss the time when we are sharing the same food, when you are teaching me the things that I always blurred, when we are sharing secrets in the bed. I miss all of the moments. I hope I can meet you one day. Aku mintak maaf kalau aku banyak susahkan kau. Banyak buang mase kau dengar cerita aku. Maaf sangat-sangat. I love you!

Untuk jaa, thanks jugak ade untuk yaa. Walaupun kite tak rapat mane, tapi jaa sanggup kawan dengan yaa. To be truth bila kita jumpa yaa tak banyak cakap kan. Tak tahu kenape tapi yaa segan dengan jaa. Tapi bile kite sembang dekat fb yaa boleh sembang banyak dengan jaa. Ingat mase kita nak daftar untuk MUET dulu, jaa peluk yaa dari belakang? Sangat-sangat tersentak tapi yaa tak kisah pun. Yaa suke perangai jaa yang macam tu. Terima kasih ade untuk yaa. Maaf kalau yaa buang mase jaa dengar masalah yaa. I love you!

Untuk awak-awak yang lain, saya tak lupe kebaikan awak. Tapi saye taknak mention name awak kat sini. Takut nanti ade yang marah. Terima kasih sebab ade untuk saye jugak. Sekurang-kurangnya saya tak facing semua masalah sorang-sorang. Saya tahu saye still ade kawan kat dunia nie. Saya doakan awak semua diberkati Allah dalam apa jua yang awak lakukan. Saya sayang awak! And saya mintak maaf kalau saya menyusahkan awak. Terima kasih awak. 




Salam sayang,

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Tuesday, July 31, 2012

IT'S TIME TO CHANGE!

Assalamualaikum

Semalam yaa dah update blog dah. Tapi beberapa jam lepas tu yaa save balik dalam draft. Well ade orang marah dengan entry yaa semalam. Untuk awak yang marah tu, saya mintak maaf. Sebab saya rase takde salahnye pun saya up entry tu. Tapi disebabkan taknak ade yang terase lebih teruk, baiklah yaa delete jer entry tu.

Hmm kali nie yaa nak up entry pasal penggunaan perkataan yang agak-agak kesat sikit lah. Lagi-lagi di bulan puasa nie, rasenye elok lah kita amik inisiatif untuk berubah. Kalaupun tak boleh untuk selamenye, cukuplah untuk bulan puasa jer. Mane tahu lame-lame kite jadi biase then kite pun takkan guna dah perkataan tu semua.

Yaa tak cakap lelaki jer yang guna perkataan tu semua. Haish perempuan pun ade. Kadang-kadang tu dah cantik manis bertudung semua tibe-tibe ‘WOII B*BI HANG KAT MANA??’. Amboi dik cantik bahase. Allah dah elok jadikan kawan awak tu manusia kenape awak tukar die jadi b*bi? Kesian kawan awak tu. Macam mane kalau kawan awak panggil awak macam tu? Tak tahu lah kalau awak tu memang takde perasaan kan. Upps sorry yyer awak kalau awak terase.

Hmm Alhamdulillah yaa hidup dalam persekitaran yang takde penggunaan kate-kate kesat nie semua. Even kawan-kawan yaa kat U mahupun yang kat rumah nie semua menggunakan bahase yang elok. *okay ade yang bangge tak?* tapi kadang-kadang bila bukak fb lepastu bace komen-komen orang, bace status orang, sedih rase. Diorang sebut perkataan tu macam dah lali dah. Ketahuilah setiap ape yang kite sebut tu akan jadi doa. Kalau dah awak sebut ‘HANG SIAL LAA!’, ‘CELAKE BETUL LAH HANG!’ banyak-banyak kali, tak ker jadi sial orang tu? Tak ker hidup die jadi celake jer nanti? Upps again yaa mintak maaf.

Well mungkin yaa yang kolot. Mungkin itu bahase budak zaman sekarang. Nak lagi up katenye. Tapi rasenye kalau dah tahu bende tu tak elok why jadikan die amalan kite? To be truth bila orang kate yaa bodoh jer pun even die tak maksudkan pun yaa dah sentap. Tak boleh bayang kalau orang kate yaa sial and lain-lain tu. Setiap ape yang kite cakap menggambarkan perwatakan kite. Bile awak cakap kesat selalu orang akan judge awak negative. Bile orang judge awak macamtu, awak jangan lah marah diorang. Awak sendiri yang buat diorang judge awak macamtu. Upps sorry.

Ape kate kite amik keberkatan bulan Ramadhan nie untuk berubah. Bulan Ramadhan bukan untuk pause sahaje. Kite jugak kene jage bahase kite. Yaa tahu yaa tak layak nak nasihat korang. Yaa sendiri tak baik macam ustazah. Tapi kite boleh berubah kan sikit-sikit. Mengingatkan antare satu sama lain juga pahala kan. Cube kalau kite nak mencarut jer terus sebut ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM. Kan lebih baik lebih manis di dengar. Peduli lah orang nak kate awak kolot ker ape. Kite hidup untuk dapat keberkatan dari Dia bukan dari orang-orang sekeliling awak. Berubah selagi kita mampu. Kita tak tahu bila masa kita akan dijemput. Allahuakbar. Sesak dada bila pikir perkara tu. Nak ker kite dijemput mase kite tengah sebut perkataan tu dekat orang? Lepastu orang terase dengan awak and die tak maafkan? Dosa kite dengan Allah insyaALLAH Dia boleh ampunkan. Tapi dosa kite dengan orang, Wallahualam. Itu antare awak dengan die.

Yaa mintak maaf kalau entry yaa menyinggung korang semua. Yaa cume ingin mengingatkan. Berubahlah. Itu semua untuk kebaikan kite jugak.

Perasan tak penggunaan ‘yaa’ dalam nie? Moga-moga yaa dapat teruskan. Assalamualaikum.

gambar lari dari tajuk heheh

Yang Khilaf,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Friday, May 18, 2012

KENANGAN RAYA :)





Hai hai . Nie penangan aku tengok upin ipin petang tadi pastu dengar takbir raye dalam kartun tuh . Sebab tu aku nak update pasal raye . Haha . Okey sebelum tu aku nak cerite sikit . Aku ade 4 orang adik beradik . But bile aku 12 tahun adik aku yang bongsu meninggal . Sakit .*al-fatihah* . So sekarang tinggal lah tige . Abang , aku then adik aku yang ke-3 . 


Yang ke-3 nie perempuan . Kitorang panggil die ieka but aku tak tahu die pelat tang mana die akan bahasekan diri die ‘engka’ sampai sekarang . Huhu suka hati kau lah . Jujurnye dulu aku tak rapat ngan die . Aku lebih rapat ngan abang aku and die lebih rapat ngan arwah adik aku . Tapi dalam tak rapat-rapat aku pun once kau touch adik aku kau akan deal dengan aku lah afterwards .


Aku ingat lagi time tu ade satu family datang raye rumah aku . Family tu boleh kate sedare kitorang lah . Family tu ade 2 anak perempuan . Time tu aku rase maybe aku umur dalam 6 or 7 tahun camtu lah . And adik aku pulak bawah aku 4 tahun .  Anak family tu pulak yang perempuan tu lebih kurang macam kitorang lah . Kecik-kecik lagi but yang adiknye tu lagi besar dari adik aku .


Nak dijadikan cerite adik die main lah dengan adik aku . Aku tak main sekali . Sebab aku rase aku dah besar sangat tak main dengan budak-budak kecik haha *perasan* . Pastu ntah macam mane aku dengar adik aku nangis . Aku pergi lah dekat adik aku sebab taknak kang mak aku dengar pulak adik aku nangis kang aku yang kene . Then adik aku pun cakap budak tu buat die nangis .


Haa kau berani buat adik aku nangis ? Aku jer boleh buat die nangis haha *evil laugh* . Sekali memang aku sergah jelah budak tu . Huhu then ape lagi dah kene sergah an nangis lah pulak budak tu . Dah die nangis akak die pulak datang kat kitorang . Tanye aku semua-semua . Dah aku marah-marah semua aku cakap satu ayat nie . ‘suka hati akulah nak cakap ape pun nie rumah aku bukan rumah kau’ . Hehe garang tak aku . Then aper lagi mencicit budak-cudak tu lari dari kitorang . Haha padan muka . 


ini bukan gambar raya . ini gambar puputan adik sedare aku . :)




P/s : okey aku tahu entry nie tah pape . Saje update sebab dah lame tak update . Huhu 





Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Monday, May 14, 2012

KENANGAN DOLU-DOLU





Amaran. Ini entry bergambar. Dan gambar sangat buruk. Ampun. 



Insiden nie jadi mase aku tadika . Aku tadika umur aku 6 tahun . So time nie tengah pergi pasar malam . Pergi lah dengan family aku . Tapi disebabkan aku tak reti lukis , so tinggallah aku , mak and ayah jer okeyh . Huhu . Aku pattern kecik-kecik dulu jalan pegang seluar jeans ayah aku . Pegang bahagian tepi tu . 


Pastu budak – budak mate tu nak meliar jer tengok orang . Tengah seronok-seronok tengok tangan terlepas terpegang seluar pakcik lain . Pakcik mane ntah . Semangat lah aku pegang sebab ingat ayah aku yang aku pegang tu . 


Then tibe – tibe pakcik tu tegur aku mase die tengah nak bayar duit . Eh adik nie saper . Ayah mane . Dang ! Baru perasan tu bukan ayah aku . Ape lagi mate pun meliar lah cari parent . Haa baru tahu erti takut . Hakhak .  


Entah macam mane ayah aku muncul tetengah orang ramai tu . Panggil aku pergi kat die . Aku pun lari lah pergi kat ayah aku . Hik sadis betul . Kalau lah ayah aku tak muncul time tu . Tak tahu lah ape jadi kat aku sekarang an . 


p/s : Yer aku tahu gambar-gambar tu semua sangat lah buruk . Ini hanyalah kerana saya sangatlah bosan dan tak tahu ape nak buat maka terhasillah gambar yang tak macam gambar tu . Hikhik . 

p/s/s : Dah lame tak pegang pensil . Keras tangan bak hang . huuu 


Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Sunday, May 13, 2012

LUAHAN RASA :')





Hari nie hari ibu . Ye aku tahu tu . Tapi aku taknak komen ape-ape pasal tu . Ade yang cakap haram lah . Ade  yang cakap yang penting niat lah . Ikut korang lah asal korang bahagia . Kali nie aku cume nak meluahkan rase hati aku setelah lame tak hupdate . 

Yer aku tahu seorang blogger tidak seharusnye meluahkan rase hatinye di blog . Ini umpama membuka pekung di dada . *halamak aku gune pepatah lah wewiit* . Tapi aku rase macam dah takde orang yang aku boleh kongsi ape yang aku rase sekarang nie .  And aku nak mintak maaf kalau ade yang terase dalam entry nie . Macam yang aku cakap tadi . Aku cume nak meluahkan rse hati aku . And aku takkan mention name pun dalam nie . Tapi kalau kau terase aku mintak maaf .

Haritu aku tengok kawan-kawan aku keluar . Hmm sejujurnye aku memang cemburu pun tengok diorang . Tapi aku tahu . Aku nie tak layak nak kawan dengan diorang dah . Aku nie tak hot macam diorang . Tak kaye macam diorang . Baju aku sepoloh ringgit pun boleh dapat . Baju diorang sehelai 100+ . See . Nampak kan perbezaan aku dengan diorang . And aku sedar semua tu . Sebab tu lah aku rase aku memang tak layak dah untuk kawan dengan korang . Maaf yer selame nie aku anggap korang kawan aku .  And sampai bile-bile pun aku tetap anggap korang kawan aku . Aku sayang korang . 

And now aku rase down sangat-sangat . Aku perlukan teman . Tapi aku rase aku nie cume tahu susahkan kawan-kawan aku jer . Aku cume tahu semakkan kepale diorang jer . So takpe lah camtu . Kali nie aku takkan ganggu korang semua . Aku doakan korang semua bahagie jer dengan hidup korang semua . 

P/s : Aku sayang kawan-kawan aku . Walaupun kau tak anggap aku kawan kau dah :’)


memang ini pun yang selalu aku buat bile aku sedih tak kire lah aku kat kolej , kat luar , ataupun kat rumah :')


Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Thursday, April 26, 2012

ALHAMDULILLAH :)





Straight to the point. Taknak aku merepek banyak-banyak . Malas nak mukadimah . *sebenarnye takde idea heheh* Di hari yang mulia hari jumaat nie , aku dapat result untuk sem 6 aku . Alhamdulillah sangat2 memuaskan hati aku . Mungkin pade korang result aku nie tak seberape tapi bukan pade aku . Akhirnye aku dapat jugak merase dekan walaupun sem akhir . :)

Terima kasih kat semua yang terlibat sampailah aku dapat result aku macam tu . Terutamanya pade yang selalu ajar aku . Nony ngan aten . Terima kasih tak jemu ajar aku walaupun aku nie lambat sikit nak tangkap huhu . Terima kasih gak unutk budak kolej delima bilik 4-18 . Selame 1 sem kite hidup same-same . Tengok movie same-same . Makan same-same walaupun sebenarnye masing-masing makan kat meje sendiri tengok movie . Hahah . Terima kasih sayang !

Terima kasih jugak untuk ‘awak’ yang selalu ade untuk saye . Selalu layan kerenah saye bile saye kat penang . Selalu bawak saye keluar bile saye bosan dekat kolej . Selalu layan rajuk saye yang ntah ape-ape . Sayang awak ! :)

Tak lupe jugak untuk mak ayah aku yang sentiase doakan aku . Mak ayah , nie untuk mak dengan ayah . Walaupun tak tinggi . Tapi nie jer yang akak mampu . Sayang mak ayah . :)

Syukur yang tak terhingga aku panjatkan ke ALLAH S.W.T atas result aku nie . Kalau Dia tak menginginkan macam tu , then result aku takkan jadi camtu . Alhamdulillah .


Btw result MUET aku keluar ari khamis ritu . Hewhew dapat band 3 lah . Alhamdulillah sekali lagi . Tobat taknak aku amik lagi sekali dah . Haha  


AGAIN TERIMA KASIH SEMUANYA :)




Salam sayang,



TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Tuesday, April 24, 2012

KEEJA PART TIME :D





Okey kali nie nak cerita ape yang aku buat kat rumah nie . Mentang-mentang lah aku nie dah habis belajar , mak pun amik kesempatan dengan menyuruh aku menyiapkan bende alah nie . Dengan hati yang redha aku pun buat lah . Sayang mak kan . Hewhew . 

Disebabkan bende alah nie jugak lah . Tangan aku sakit-sakit . Haha siap boleh mengelupas lagi buat bende alah nie . Haish sabar jelah . Nie bile dah siap senyum lebar jer mak aku tu . Mane taknye dulu bukan main liat lagi aku nak buat . 

Harhar bukan taknak buat tapi bende tu leceh kot . Dah salah kene bukak balik dari mula . Haish sabar jelar . Keyh sudah2 lah merepek . Nah nie aku bagi gambar . Korang tengoklah ape kerje part time aku tu . Harhar . 

tudung saji sebelum dilakukan ape-ape .

baru bermula hewhew .

half way to go ! :D

dah siap ! <3

ni bahagian dalam die . harhar .

p/s : update bende nie pun sebab dah tak tahu nak update ape . haha :D




Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Monday, April 9, 2012

SELAMAT DATANG :D




Short entry. Cume ingin mengucapkan welcome kepada due kawan aku yang baru memasuki dunie blog. Buat entry best-best okay. Jangan jadi macam aku. Hekhek buat entry merepek-repek. Mari berkenalan!






Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

MASIHKAH KAU INGAT?





Dulu aku ade seorang kawan. die bukanlah anak orang kaye. Die biase-biase jer. Dengan die aku boleh jadi diri aku. Aku boleh cerita masalah aku dengan die. Aku boleh kongsi suke duke aku dengan die. Kawan, masihkah kau ingat semua itu?

Dulu aku ade seorang kawan. kawan yang pernah buat aku menangis bila aku rindukan die. Aku pun tak tahu kenape bile aku teringatkan die air mate aku mudah mengalir. dulu kite selalu lepak same-same. Pernah satu mase ade salah paham yang jadi. Kite tak bertegur sape. Time tu aku rase sakit sangat. And aku sendiri tak tahu kenape kite boleh jadi camtu. Untunglah lepastu kite tak ape-ape. Masihkah kau ingat semua tu?

Dulu kau penah buat aku tersedak nestum mase kite tengah sahur same-same. Sakit tekak aku time tu hanye Tuhan yang tahu. Berguling-guling aku kat lantai tahan batuk. Sampai nak tidur balik pun sakit tekak tetap tak hilang. Masihkah kau ingat semua tu?

Atas sebab yang tertentu kau tidak lagi sambung belajar di tempat yang same. Di sebabkan itu kita terputus hubungan. Lame kau menyepikan diri dari aku dan yang lain. kau tukar nombor yang baru. Kat fb pun kau taknak reply komen aku. Time tu aku rase macam aku nie orang yang bodoh jer pergi kejar orang yang taknak kat kite. Tapi sebab aku sayangkan kau aku try jugak contact kau. Sampailah kau contact aku balik. Masihkah kau ingat semua tu?

Sekarang tak same macam dulu. Aku kat sini kau kat sane. Tapi aku selalu ingatkan kau. Agak-agak kau ingat kat aku tak? Agak-agak kau terpikir kat aku tak? Tak tahu bile kite boleh jumpe lagi. Aku selalu tengok fb kau. Tengok gambar-gambar terbaru kau. Kau Nampak bahagia jer dengan kawan-kawan baru kau. Kadang-kadang aku cemburu tengok gambar-gambar kau. Cemburu tengok kau mesra dengan kawan-kawan kau. Salahkah aku rase macam tu? 

Aku harap kau teruskan hidup kau dengan sebaiknya. Jage kesihatan kau. Study elok-elok. Aku mintak maaf kalau aku ade buat salah kat kau sepanjang kite berkawan dulu. Aku sayangkan kau.





Yang merinduimu,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Friday, April 6, 2012

MAJLIS PUPUTAN :D






Hai semua. Sihat-sihat semuanya? Okay dari tajuk yang kat atas tu rasenye tak semua paham kan ape yang aku cube sampaikan. Heheh. Ade yang nak tolong terjemahkan tak? Ade yang jawa kat sini? Harhar. 

Majlis puputan tu same lah dengan majlis cukur jambul. Aku tak tahu lah sesetengah orang panggil camne. Aritu aku sebut marhaban pun ade yang tak paham jugak. Ikut kau orang lah nak sebut camne. Kali nie punye majlis puputan adelah untuk adik sedare aku. Anak pak su aku yang ke-4. Adik beradik die semua lelaki. Hero besar semuanya. Bila dah besar pengsan lah mak die nak guard sorang-sorang. Harhar. 

Aku tak tahu lah kalau majlis kat negeri lain macam mane kan. Tapi kalau kat kampung aku tu just ade berzanji,marhaban then lepastu cukur lah budak tu. Itu sahaja. Takde lah pulak buaian berhias bagai kat kampung aku tu. Tak tahu lah sebab nak save budget atau ape kan. Tapi aku rase tak payah pun takpe buaian bagai tu.

Okay dah aku malas nak bebel banyak-banyak. Kat sini aku letakkan gambar baby tu. ASHRAF UZAIR BIN AHMAD MUSTADHA. Berbelit nak nyebutnye. Huhu 


its me who put him to sleep. heheh eksited

saya jugak yang tidokan! heheh boleh jadi mak tak nie? hewhew

sweet tak? <3

<3<3<3

orang tangkap gambar ngan baby die nak jugak. :p

eksited terlebih :D

p/s: saya masak ayam masak merah tadi! jemput makan semua :D





Salam sayang,



TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Thursday, April 5, 2012

BABYGIRLSSSS!







Hai. Kan aku cakap tak sampai 5 jam aku dah update yang baru. Hewhew. Post kali nie aku cume nak cerita pasal babygirl2 aku. Okay mungkin akan ade sesat budak lelaki so abaikan jelah eh. Harhar. Dulu sem1 aku masuk kelas CD1J. Seriously dalam kelas nie aku tak ramai kawan pun. Tak tahu lah sebab tempat baru atau aku yang tak reti berkawan. Tapi mostly cakap aku sombong. Well sukati kau orang lah kan. Haha. 

Start jer sem2 sampai sem5 aku dalam kelas CD5H. Stick kat kelas tu. Tak masuk kelas orang lain pun. Haha. Naik sem6 masuk kelas EC1106D atas beberape sebab yang memang tak boleh nak elak. So masuklah kelas baru. Tapi-tapi bukan nie yag aku nak cerita. Aku nak cerita bende lain. Adui merepek pulak. Dah-dah back to the main topic. 

Mase kat UiTM Penang tu, aku rapat ngan 4 orang perempuan. Now aku cerita sorang-sorang ikut turutan aku kenal kau orang k. so jangan terase eh masing-masing. Hee

1.Noraini binti samad

Nony, kau kawan pertama yang aku jumpe mase aku sampai kat UiTM nie. Dulu kite berdue duduk satu bilik mase sem1 kan. Kite pergi orientasi same-same. Untung aku dapat kawan macam kau. Aku dah lah tak pernah duduk asrama. Nasib baik aku dapat sebilik ngan kau. At least kau yang ajar aku camne nak hidup bila jauh dari family. Kau jugak yang ajar aku time aku pening mase study. Thankz sangat-sangat untuk semua tu. Aku mintak maaf kalau aku ade buat salah. Aku tahu banyak kerja kitetime group kau yang cover. Thankz untuk itu. Kalau aku ade tak bayar lagi duit ape-ape mase kite buat projek tu kau cakaplah. Aku try bank in bila aku keluar nanti. Tau-tau.

2.Noordiana binti abd majid

Diana, aku kenal kau time kite LDK MMS kan. Tak sangke pulak kite boleh duduk satu aras. And aku sendiri tak sangke aku penah pinjam tudung kau mase bilik aku terkunci time MMS tu. Kelam kabut punye pasal sampaikan aku sendiri tak ingat aku pinjam kat siape. Terpakse lah ketuk satu-satu pintu bilik nak tanye siape punye tuan tudung tu. Hikhik lawak pulak bila ingat balik. Thanks tau untuk itu. Aku tahu kita banyak tak sebulu mase kite kawan. Aku api kau pun api. Tapi bila time gila tu datang peduli ape api ker air. Gile tetap gile. Aku mintak maaf kat kau sebab aku tahu banyak salah aku pada kau. Thankz untuk semua yang kau ajar aku. 

3.Nurfarahin binti rosman

Paein, kau sendiri tahu kan yang aku memang nampak bayangan mak aku pada kau. Setiap ape yang kau buat memang terserlah sifat keibuan kau tu. Dulu aku kenal kau sebab kite pergi daftar same-same kan mase sem1. Tapi aku sendiri tak paham kenapa kau tak ingat kat aku. Kite siap pergi kesat same-same lagi kau tahu. Time sem3 kite satu rumah kan. Duduk kat mutiare kat blog yang orang paling takut sekali. Jalan pergi kelas tunggu bas same-same ngan diana ngan aten. Haish rindu semua tu. Lepas nie tak boleh lah kite tidur sekatil lagi. Tak boleh nak tengok family outing same-same lagi. Aku mintak maaf kalau aku buat silap. Selanat hari raye paein! Heheh 

4.Faten nur syakila binti jelani

Aten, aku kenal kau lambat sikit dari yang lain. Kite rapat pun start dari sem3 kan. Start sem3 baru kite buat kerja same-same. Kite buat bel 1 group. Kan. Banyak masalah aku yang kau tahu. Kau simpan lah eh semua masalah aku tu. Haha. Lepasnie kau tak boleh lah nak dengar aku mengadu lagi kat kau. Kau pun buzy kan dengan praktikal kau. Baguslah untuk kau. Pasal sijil seki kau tu aku mintak maaf tau. Aku punye sendiri tak tahu kat mane. Nanti aku try cari lepastu yang lain-lain belakang punye cerita. Ten, aku minta maaf kalau aku ade buat salah kat kau. Manelah tahu kot kau bosan ker dengar aku mengadu kan. Aku minta maaf tau.


Sekarang nie bile duduk sorang-sorang selalu teringat balik dekat kawan-kawan rapat. Dulu kalau ade masalah at least aku ade kawan yang aku boleh cari nak luahkan masalah. Sekarang nie ade masalah tak tahu lah nak luah kat siape. Kalau boleh luah pun through fb ngan mesej jer. Hmm tak best langsung camtu. Takde feel.  Korang, sekarang nie dah duduk jauh-jauh nie jangan lah lupe aku tau. Doakan aku eh untuk aku capai ape yang aku nak. Ade rezeki kite jumpe lagi. Kahwin jangan lupe jemput aku. Kalau korang tak jemput aku marah korang teruk-teruk nanti. 

Korang semua! Aku sayang korang semua sangat-sangat. Takkan ade orang lain yang boleh ganti korang dalam ati aku. Mmuaah mmuaahh.










Salam sayang,



TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!