iklaneka

Saturday, January 21, 2012

NIKAH KHITBAH @ NIKAH GANTUNG





Okay aku tahu aku dah lame sangat tak update. Bukan sebab aku taknak. Tapi sebab aku takde mase + takde internet + takde idea. *huu alasan semate-mate* Kejap-kejap! Nak tiup habuk yang tebal 5 inci nie. Puhh puhh. Hadoi tebalnye habuk. Okay dah sambung balik.

Kali nie aku nak bincang pasal nikah khitbah nie. Sebelum tu aku nak mintak maaf dulu. Yelah aku nie ilmu pun takde lah tinggi mane kan. Setakat nak kongsi sikit-sikit tu boleh lah yer. Nikah khitbah nie dari yang aku paham lah kan. Konsep die same jer macam nikah biasa, Kena ade 5 rukun iaitu :

1. Suami
2. Isteri
3. Wali
4. Saksi
5. Aqad (ijab kabul)

Cuma yang lainnye. Suami isteri tak tinggal serumah. Atas sebab-sebab tertentu. Macam nak habiskan belajar ker and what so ever *sebenarnye aku tak tahu nak ulas ape so itu jer contoh yang aku mampu. nak search tenet malas* Tapi kalau diorang nak keluar dating ker. Nak keluar study same-same ker bagi yang masih belajar tu. Boleh jer. Even kalau ade anak pun tak kisah. Sebab anak tu dikira halal. *okay aku malu sebut pasal nie >,<* 

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi suami isteri tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]


Tapi kan-kan. Aku rasa kalau dah nikah tu. Duduk jelah serumah kan. Dah sah-sah halal. Kalau orang datang serbu. Kau tunjuk jer surat nikah kau. Ape susah. Kalau kau takut dengan pandangan jiran kau. Pedulikan jer semua tu. Kau takde susahkan diorang pun  sebenarnye. Diorang yang sengaje susahkan diri diorang mengumpat pasal kau orang. Lagipun kalau kau hidup nak pikir pasal pandangan orang. Susahlah camtu. Kau bukan nak cari redha diorang. Kau nak cari redha Allah untuk akhirat nanti kan. *okay yang nie agak emo*

Jadi aku rasa elok sangatlah kalau nikah khitbah nie kita buat. Memang lah nikah khitbah nie masih baru lagi. Tak ramai orang yang buat macam nie. Tapi aku rase nie lagi elok buat daripada kau keluar berzina then buang anak macam anak tu anak patung yang kau beli kat pasar. *okay aku sangat marah kepada orang yang baung bayi kat sane tu. tada otak ka lu orang?*  Cukuplah tu sampai sini aku membebel. Kesimpulannye. Korang pikir lah sendiri. Masing-masing dah besar. Huhu.

p/s: kalau aku nikah khitbah nie kan. Agak-agak korang terkejut tak? Awww >,<






Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

0 comments:

Post a Comment

Hai! Dah baca tu komen lah sikit! :D