iklaneka

Sunday, January 29, 2012

MANA PERGI PERATURAN??




Hai2! Huhu ade yang rindu aku ker weyh? Hakhak. Tengok orang lain update aku pun nak update jugak! Harhar jeles bak ang! -.-'  

Sudahlah aku malas nak bebel panjang-panjang. Straight to the point. Sekarang nie kan aku tengok student-student kat UiTM nie dari segi pakaian macam dah teruk sangat dah!. Memang lah aku akui aku sendiri takde lah alim mane kan. Takde lah aku pergi kelas pakai baju kurung everyday tu kan siap pakai tudung labuh macam ustazah bagai. *okay siapa student En. Mydin sila jangan terasa. harhar* Tapi kan tapi kan, agak-agaklah kalau kau nak berfesyen bagai. Janganlah melampau sangat babygirl sekalian!

Aritu mase aku naik bus nak pergi Perda. Aku diri sebelah student perempuan tu. Dia just pakai jaket polkadot yang lengan die atas daripada siku. Uhui kau ingat nie universiti kau seorang yang belajar? Abah kau! Yang pakcik bus tu pun takkan lah tak perasan kan. *okay aku andaikan pakcik bus tu tak perasan sebab taknak perasangka buruk -.-'

okay abaikan lah perempuan tu. and baju tu pun lain sebenarnye. tapi fokus kat lengan die jelah eh. huu lebih kurang camtulah lengan die. pendek tak pendek tak? -.-'

Lepastu-lepastu yang pakai kemeje pergi kelas. Aku tahu lah sekarang nie banyak pattern kemeja keluar. Yang plain, yang bunga kecik yang polkadot yang stripe, you name it semua ade. Aku tak cakap salah pun nak pakai kemeje tu pergi kelas. Tapi kalau pun kau nak lipat lengan kemeje kau tu and butangkan sampai siku, ape salahnye kau pakai inner kat dalam? Ape? Tak mampu beli inner? Well hell to the no gurls! Kemeje mahal-mahal kau mampu beli tapi inner kau tak mampu beli? Kejadahnye tu? *okay aku sangat angin*

aku try search baju yang dah lipat lengan tak jumpa lah pulak. tapi lebih kurang lah tu. just lipat jer lengan tu sampai siku. huhu

Lagi satu kan, p******d tu tak buat kerja ker ape? Takkan lah tak nampak diorang tu pakai camtu? Saman jelah! Kan dah terang-terang camne polisi pakaian kat UiTM Penang nie perempuan kena pakai lengan panjang sampai tutup lengan semua. Itu pun susah sangat ker korang nak ikut. Kalau pun korang nak buat sangat. Pergi lah pakai kat luar sane. Takde yang nak marah kau kalau kau pakai kat luar camtu. 

And mostly yang aku tengok buat camtu semua junior-junior. Aku tak perasan pulak batch aku buat camtu. Taktahu lah kalau ade tapi aku yang tak perasan or what kan. Uhui adik-adik sekalian. Kau orang tu budak-budak baru nak naik. Kalau polisi pakaian pun kau tak boleh nak ikut, camne pulak bende lain nanti? Ape? Pengaruh kawan? Hah eloklah tu. Kawan kau terjun lombong kau pun follow lah die terjun lombong sekali. Seronok kan kan? -.-'

Huu sudah-sudah lah tu dayah. Kau merepek macam nie bukannye ade siape-siape sokong kau pun kan. Masing-masing buat hal sendiri. Fine then! Have a nice day kawan-kawan! :D

p/s: harinie terlebih happy tu yang semangat nak hupdate belog! haha :D


Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Saturday, January 21, 2012

NIKAH KHITBAH @ NIKAH GANTUNG





Okay aku tahu aku dah lame sangat tak update. Bukan sebab aku taknak. Tapi sebab aku takde mase + takde internet + takde idea. *huu alasan semate-mate* Kejap-kejap! Nak tiup habuk yang tebal 5 inci nie. Puhh puhh. Hadoi tebalnye habuk. Okay dah sambung balik.

Kali nie aku nak bincang pasal nikah khitbah nie. Sebelum tu aku nak mintak maaf dulu. Yelah aku nie ilmu pun takde lah tinggi mane kan. Setakat nak kongsi sikit-sikit tu boleh lah yer. Nikah khitbah nie dari yang aku paham lah kan. Konsep die same jer macam nikah biasa, Kena ade 5 rukun iaitu :

1. Suami
2. Isteri
3. Wali
4. Saksi
5. Aqad (ijab kabul)

Cuma yang lainnye. Suami isteri tak tinggal serumah. Atas sebab-sebab tertentu. Macam nak habiskan belajar ker and what so ever *sebenarnye aku tak tahu nak ulas ape so itu jer contoh yang aku mampu. nak search tenet malas* Tapi kalau diorang nak keluar dating ker. Nak keluar study same-same ker bagi yang masih belajar tu. Boleh jer. Even kalau ade anak pun tak kisah. Sebab anak tu dikira halal. *okay aku malu sebut pasal nie >,<* 

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi suami isteri tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]


Tapi kan-kan. Aku rasa kalau dah nikah tu. Duduk jelah serumah kan. Dah sah-sah halal. Kalau orang datang serbu. Kau tunjuk jer surat nikah kau. Ape susah. Kalau kau takut dengan pandangan jiran kau. Pedulikan jer semua tu. Kau takde susahkan diorang pun  sebenarnye. Diorang yang sengaje susahkan diri diorang mengumpat pasal kau orang. Lagipun kalau kau hidup nak pikir pasal pandangan orang. Susahlah camtu. Kau bukan nak cari redha diorang. Kau nak cari redha Allah untuk akhirat nanti kan. *okay yang nie agak emo*

Jadi aku rasa elok sangatlah kalau nikah khitbah nie kita buat. Memang lah nikah khitbah nie masih baru lagi. Tak ramai orang yang buat macam nie. Tapi aku rase nie lagi elok buat daripada kau keluar berzina then buang anak macam anak tu anak patung yang kau beli kat pasar. *okay aku sangat marah kepada orang yang baung bayi kat sane tu. tada otak ka lu orang?*  Cukuplah tu sampai sini aku membebel. Kesimpulannye. Korang pikir lah sendiri. Masing-masing dah besar. Huhu.

p/s: kalau aku nikah khitbah nie kan. Agak-agak korang terkejut tak? Awww >,<






Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Tuesday, January 3, 2012

ENTRY BARU DI PENANG! :D







Hai! Okey malas nak merepek pelik-pelik. 
Malas nak merepek panjang-panjang.
Baca jelah ape yang aku tulis okay!

Untuk semuanya. Aku sudah di Penang.
Untuk semuanya. Aku takde semangat lagi nak belajar.
Untuk semuanya. Aku nak balik rumah.
Untuk semuanya. Aku ada test bederet-deret lah uhui! -.-'
Untuk semuanya. Cukup sampai di sini.
Untuk semuanya. Tataaaa.

owh yer. Tadi aku saje search perkataan GEDIK kat google. And taktau asal kua gambar fatin liyana pulak. Hui dia blogger famous lah. Doktor pulak tu. Kau ado? Suka hati kau orang jer cakap dia gedik. #emo pulak#



#btw aku update sebab tak nak korang rindu. Hewhew perasan sekejap lah ^^,





Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Sunday, January 1, 2012

BERAT HATI! :(




Hai semua! Okay malas nak merepek panjang-panjang. Straight to the point jer. Esok aku akan kembali semula ker Penang. Ke tempat aku mengabdikan diri selama hampir 3 tahun. Kalau ikutkan hati memang lah aku tak nak balik kan. Tapi nak buat camne. Terpaksa balik lah jugak. Haish. -.-'

Untuk semuanya. Terima kasih sudi baca entry aku yang merepek-merepek tu. 
Untuk semuanya. Terima kasih sudi follow aku.
Untuk semuanya. Entah bila lagi aku akan buat entry baru.
Untuk semuanya. Jaga diri.
Untuk semuanya. Saya tak nak balik!!

Ada bran sama aku? Huh! 










Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!