iklaneka

Tuesday, December 27, 2011

PERSANDINGAN?

Assalamualaikum...:)

Semalam aku da cerita pasal hantaran perkahwinan kan? Nah, harinie aku nak cerita pasal persandingan pulak. Hui bersambung lah post aku nie. Heheh. *berhenti lagi hari nie makan rambutan 7 bijik. nyum nyum* 

Sekarang nie memang trend orang kalau kahwin pelamin tu mesti nak gah bagai nak gila. Dengan berambu-ramba bagai keliling pelamin, kan. *siape student Sir Sam sila baca macam Sir Sam. Huu mati aku* -.-'. Okay sambung balik. 

Kalau dalam Islam, persandingan itu haram yer kawan-kawan. Bagi siape-siape yang nak jugak bersanding tu, boleh. Tapi cume depan keluarge terdekat jer. Kalau kita bersanding depan keluarga terdekat, itu dikira harus. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak. Tujuan asal majlis bersanding tu kan untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai. Tapi kan ade jugak care lain yang kita boleh guna kalau nak memperkenalkan pengantin tu. Kita buatlah kenduri doa selamat ataupun doa kesyukuran. Eh ker same due-due tu? -.-'. Huhu. Kita jemput satu kampung, saudara mara yang kita nak jemput. Kan boleh jugak kita kenalkan pengantin tu. :D

Okay berbalik pada persoalan kenapa persandingan itu haram? Sebab bila kita bersanding kita mesti nak dress lawa-lawa kan. Pakai baju yang jarang-jarang. Ada satu wedding tu aku pergi, dia pakai gown pastu pakai tudung. Cuba bayangkan. Haa cepat2 bayangkan. Erk ape pelik dah pesen tu. *blugh -.-'

Lagi satu, untuk lelaki-lelaki di luar sane tu. Kau orang kahwin ngan isteri kau orang, then kau orang biar dia pakai baju jarang-jarang then tunjuk kat semua orang. Baru beberapa jam jadi suami dah kena tanggung dosa isteri tu. Itu pun dikira dayus okay. Dayus sebab kau tidak menegur isteri kau. Lagipun, buat ape lah kita tempah pelamin mahal-mahal segala bagai tu semua. Islam sendiri dah melarang pembaziran kan. Duit tu kan boleh simpan untuk lepas kahwin nanti. Buat pergi honeymoon ker kan. Ching ching heheh ^.^

Oleh yang demikian, kalau boleh tu elakkan lah daripada bersanding tu. Kita kan hidup di dunia nie untuk mencari keredhaan Allah. Nak cari pahala nak bawak kat akhirat nanti. So apa kata kita elakkan bersanding tu. Niat aku bukan nak menghasut ker ape. Terpulanglah kat kau orang nak dengar ape aku cakap ker tak. Masing-masing yang baca blog aku pun dah besar kan. Dah boleh pikir sendiri baik buruknye kan. So pikirlah. 

Dan lagi satu. Aku mintak maaf kalau post aku kali nie menyinggung hati sesetengah pihak. Nie cuma pandangan aku jer. Niat aku cuma nak menegur apa yang salah. Itu sahaja. So maaf dari hati aku yang paling dalammmmmmmmmmm sekaliiiiiiiii. Hee :)

comel lak ai aku tengok kucing nie. *meow meow. hitammmmm. pergi mane sayang*








Salam sayang,

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

0 comments:

Post a Comment

Hai! Dah baca tu komen lah sikit! :D