iklaneka

Tuesday, December 27, 2011

hanTAran kAHwin!

Assalamualaikum...:)

Hola everyone. Sementara ade kat rumah and tengah ade wifi nie, baik aku online sebanyak yang boleh kan. Heheh. Tapi jangan lah korang semua muak pulak dengan ape yang aku post. Aku pun bukanlah blogger hebat. Entry pun merapu meraban jer. Terima jelah eh korang. 

Berbalik pada tajuk aku tu, kali nie aku nak cerita pulak pasal hantaran kahwin. Korang mesti pelik kan kenapa aku nak cerita pasal bende yang berkaitan dengan kahwin nie. Mesti korang cakap aku nie gatal kan. Hui siapa yang tak nak kahwin hui! Aku pun nak kahwin. Dengan orang yang aku sayang lah kan. Tapi jodoh semua kan dekat tangan Tuhan. Aku cuma boleh berdoa aku dapat suami yang baik, beriman, yang boleh bimbing aku, yang boleh terima aku dan jugak family aku. Hui ape aku merepek pasal ciri suami aku pulak nie. -.-'

Sekarang nie, orang semua heboh pasal mak bapak letak hantaran kahwin anak tinggi-tinggi. Kadang-kadang orang cakap macam nak jual anak pulak. Ade pulak sekarang nie hantaran kahwin ikut status belajar. Amboi! Ingat anak tu barang ker ape macam nak dijual ikut harga belajar. Meh sini aku list nilai hantaran tu. 

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM, DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000


*makan ubi rebus cicah kelapa + garam. emm sedapnye. heheh iklan * Okay sambung balik. Hmm ape pendapat korang dengan bende nie? Agak-agak kena ikut ker bende nie? Kalaulah ade family yang memang ikut cara nie, mau kering si lelaki tu nak cari duit. Untung kalau lelaki tu sanggup nak cari duit, kalau die pergi jer tinggalkan perempuan tu dah haru. Takpun perempuan tu ikut lelaki tu kahwin lari. Kan lagi susah. 

Jadi mak bapak di luar sane tu, janganlah letak hantaran tinggi sangat. Yang nak kahwin pun kan anak tu. Bukannya mak bapak sekalian. Lagipun hantaran nie bukanlah perkara wajib pun. Yang wajib kan akad nikah dengan mas kahwin tu. Hantaran kan sekadar hadiah sahaja. Islam kan melarang kalau sesuatu bende tu membebankan orang lain. Lagipun hantaran tu tak menjanjikan kebahagiaan sesuatu perkahwinan tu pun. Hantaran tinggi melambung tapi 3 4 tahun lepastu bercerai. Hmm tak membazir ker semua tu? 

Lagi satu, bila hantaran tinggi, si lelaki pun terpaksa lah cari jalan nak kumpul duit. Kalau mak bapak perempuan tu nak cepat, si lelaki pun terpaksa lah pinjam duit daripada bank. Kahwin tapi pinjam duit? Macam mane tu? Macam mana nak berkat kalau kahwin pun pinjam duit? Berhutang? Kan da susah jugak tu. Nanti nak bayar duit kerete lagi. Duit rumah lagi. Tu belum nak beli perabot lah. Nak honeymoon bagai. Haishh kena pikir jugak semua tu kan. 

Perkahwinan kan sepatutnye melengkapkan hidup antara lelaki dan perempuan. Nak cari redha Allah. Nak menghalalkan ape yang haram. Tapi kalau kahwin pun kita dah berhutang, macam mane nak berkat? Macam mane nak dapat redha Allah. 

Huu sudah dulu lah eh. Buat perempuan2 di luar sane. Jangan lah korang pergi cakap kat parents korang yang korang nak duit hantaran tinggi2 pulak. Dan yang lelaki2 tu pulak, sila lah kumpul duit anda dari sekarang. Kalau boleh tu elaklah meminjam daripada bank semata-mata nak kahwin. Hee peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya. :D

Tak tahu nak letak gambar ape sebenarnye.

Salam sayang...:)


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

8 comments:

  1. terbaik dyh.biar majlis biasa2 yg pntg bhagia smpi akhir hayat..nak mntx tggi pun kna tgok gak bakal laki tue keje apa..bwat yg wajib jek..

    ReplyDelete
  2. zizie : tak boleh jugak kalau tak kahwin. sebab kahwin tu kan memang disuruh dalam Islam.

    ReplyDelete
  3. nony: betol-betol. kau tunggulah. nie ade sambungan die nie. heheh

    ReplyDelete
  4. tak lepas sy nak kwin mcm ni..ermmmm

    follow sini^^

    ReplyDelete
  5. haha. kumpul lah duit.. mesti lepas punye :D

    ReplyDelete

Hai! Dah baca tu komen lah sikit! :D