iklaneka

Friday, December 30, 2011

PERTUNANGAN :D





Hai semua. Harinie adalah hari kedua terakhir kita berada di tahun 2011. Lusa dah masuk 2012. Bersediakah kita menghadapi tahun baru. Bersediakah kita menghadapi cabaran-cabaran baru yang akan datang? Bersediakah kita untuk meningkat satu tahun lagi umur kita? Woah tahun depan aku dah 21 meyh? Haish cepatnya masa berlalu. Rasa cam nak patah balik pergi kat zaman kanak-kanak. Tak payah pikir ape-ape. Tak payah pikir pasal duit, pasal masalah, pasal cinta. Wink wink ^^,

Haritu aku dah cerita pasal hantaran perkahwinan dengan pasal persandingan kan. Kali nie aku nak cerita pasal pertunangan pulak. Semua orang tahu, sebelum akad nikah, bakal pengantin akan terlebih dahulu melalui fasa pertunangan. Pertunangan yang kita tengok sekatang nie, kadang-kadang dah macam kenduri kahwin pun ade. Padahal tu baru bertunang. Sekarang nie kalau nak bertunang, mesti kena ada hantaran bertunang banyak-banyak. Cincin mahal-mahal. Pastu heboh satu kampung anak dia bertunang. Well sahabat-sahabat sekalian. Pertunangan bukanlah satu benda yang WAJIB untuk dihebohkan. Perkahwinan lah yang WAJIB untuk dihebohkan. 

Lagipun, pertunangan dalam Islam sangat berlainan dengan adat melayu kita. Once si lelaki dan perempuan sudah berjanji untuk berkahwin. Mereka sudah dikira sebagai bertunang. Haa korang-korang yang dah janji banyak kali nak berkahwin tu. Agak-agak dah berapa kali korang bertunang eh? Tunang putus tunang putus. Kalah orang-orang dulu tau. Orang dulu masuk merisik bla bla bla then nikah. Takde pun adat-adat lain yang pelik-pelik tu. 

Daripada yang mak aku cerita. Semasa proses bertunang terjadi, si lelaki tidak boleh berada dekat dengan si perempuan. Means lelaki tu tak boleh hadir pun dalam proses bertunang tu. Kalaupun lelaki tu kena pergi jugak rumah tu, itu hanyalah sebab ahli keluarga tak tahu kat mana lokasi rumah si perempuan. Itupun, si lelaki kena tunggu kat luar rumah tu. Bukannya masuk dalam rumah. Tangkap gambar sekali ngan perempuan tu. Hmm aku tak tahu lah ape sebabnye macam tu kan. Tapi itu lah yang mak aku cerita. 

Lepastu kan, nie kes kalau putus tunang pulak. Kalau si lelaki yang putuskan tunang, hantaran perempuan tu dia boleh simpan. Tapi kalau perempuan yang putuskan tunang, dia kena pulangkan hantaran lelaki tu. Haish nie pun satu bende yang aku tak paham. Apesal macam buyers jer tu? -.-'

Selalu orang cakap, bila dalam fasa pertunangan. Si lelaki dan perempuan tu due-duenye darah manis. Untunglah bila nyamuk hisap darah. Manis jer darah tu. Hewhew. Bukan macamtu lah. Maksud darah manis tu, dalam fasa pertunangan, godaan akan lebih banyak berbanding time bercinta. Kalau boleh, time bertunang tu, semua masalah nak datang. Time tu nak ade orang ketige lah. Time tu duit tak cukuplah. Time tu bla bla bla lah. Huhu itupun bergantung pada masing-masing lah kan. Lain orang lain lah dugaan dia. 

Aku rasa cukuplah setakat nie aku membebel pasal nie. Satgi panjang-panjang korang tidor plak. Da lah lagu blog aku pun slow semacam jer kan. Free-free jer korang tidor nanti. And lagi sekali. Aku minta maaf kalau entry aku kali nie menyinggung lagi hati korang semua. Ini cuma pendapat aku jer. Terpulanglah nak terima ker taknak. 

cantik kan? simple and elegance :)

*dalam diam aku bercerita pasal persandingan semua-semua bagai nie kan. terdetik jugak kat hati aku nie. bila turn aku pulak? aku tengok budak sekolah aku ramai yang dah kahwin. aku bila pulak eh? harhar :D *

p/s: owh yer. aku baru masukkan iklan churp2 lah dalam blog aku. itupun atas pertolongan kawan aku En Madu nie. Hee pergilah jengah-jengah blog die. Thankz yer kawan. And korang klik2 lah iklan aku tu keyh. Tolong orang kan dapat pahala heheh :D






Salam sayang,



TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

2 comments:

  1. nasib baik sy ni darah kurang mnis.hehe


    slmtr thn baru..

    ReplyDelete
  2. @Woofer Storm
    hee darah kurang manis sebab dah kahwin lah tu. selamat tahun baru jugak! :D

    ReplyDelete

Hai! Dah baca tu komen lah sikit! :D