iklaneka

Monday, December 26, 2011

UJIAN ALLAH

Assalamualaikum...:)


Hai semua. Semoga semuanya sihat-sihat hendaknya. Ye saya tahu saya sudah lama tidak mengupdate blog yang tidak seberapa nie. Blog pun tidaklah lawa mana kan. Jadi siapa lah yang nak baca blog saya ni kan. Kembali kepada tajuk saya tu, kali ni saya nak berkongsi sedikit mengenai ujian yang ALLAH S.W.T berikan kepada kita.


Kita sebagai hambanya yang sememangnya kerdil di mata Dia akan selalu diuji dengan berbagai-bagai ujian daripada-Nya. Ada yang diuji dengan penyakit, perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya. Lagi banyak kita diuji lagi banyak Allah sayang kat kita. Baru-baru ini kawan saya kehilangan ibu yang disayanginya. Meskipun saya tidaklah serapat mana dengan dia, tetapi sebagai kawan saya juga terasa tempiasnya. Saya kehilangan mood untuk beberapa jam. Saya tidak dapat bayangkan sekiranya hal itu terjadi kepada saya. Sesungguhnya kematian memanglah sesuatu yang pasti. Kematian akan datang tidak kira umur, waktu atau dalam keadaan apa sekalipun . Semoga kita semua akan meninggalkan alam bumi ini dengan cara yang beriman. Sebelum itu, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu kawan saya dan juga kepada semua saudara-saudara kita yang telah meninggalkan kita. Al-Fatihah.


Saya tahu saya bukanlah siapa-siapa yang berpangkat besar untuk bercerita mengenai ujian Allah. Tapi saya juga manusia biasa yang bergelar hamba yang juga tidak lepas daripada diuji oleh-Nya. Bercerita mengenai diri saya sendiri sebagai seorang student, banyak ujian yang terpaksa saya tempuhi sebelum saya dapat berada di tahun terakhir ini. Namun begitu, berkat doa ibu bapa saya, bantuan daripada kawan-kawan saya, Alhamdulillah saya mampu juga. 


Tetapi, saya juga terkilan kerana saya belum mendapat title Dekan lagi. Mungkin bukan rezeki saya. Itu juga adalah ujian saya untuk saya terus belajar. Tipulah kalau saya tidak berputus asa bila saya tidak mendapat 3.5 ke atas. Saya pernah menyesal. Dan itu adalah dosa kerana saya tidak berpuas hati dengan apa yang Allah sudah berikan kepada saya. Yelah, bila kita tengok orang lain lebih-lebih lagi kawan kita dapat naik pentas, mestilah kita iri hati. Seorang demi seorang kawan saya yang dapat menerima plag dekan itu. Mungkin memang bukan rezeki saya. Semua berlaku ada hikmahnya. Mungkan Allah tidak menjadikan takdir saya mendapat dekan itu kerana Allah tidak mahu saya riak satu hari nanti. Apa-apa pun saya tetap bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang. 


Di sini saya ingin berkongsi mengenai cara-cara untuk kita menghadapi ujian Allah. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu sahabat-sahabat saya di luar sana. 



  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan mengenai ujian Allah ini. Di sini saya sertakan link dari mana saya tips tersebut. 

sabar itu separuh daripada iman :)

Salam sayang...:)

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

2 comments:

  1. Assalam..rilex la...aku pun x dekan jugk..
    hehe..mungkin aku sedar aku malas dan kurang usaha..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam. hee aku bukan tak bersyukur. tapi mesti lah terasa bila tak dekan. nak kate aku tak belajar aku dah belajar da. tapi memang bukan rezeki aku lah tu.

    ReplyDelete

Hai! Dah baca tu komen lah sikit! :D