iklaneka

Sunday, January 29, 2012

MANA PERGI PERATURAN??




Hai2! Huhu ade yang rindu aku ker weyh? Hakhak. Tengok orang lain update aku pun nak update jugak! Harhar jeles bak ang! -.-'  

Sudahlah aku malas nak bebel panjang-panjang. Straight to the point. Sekarang nie kan aku tengok student-student kat UiTM nie dari segi pakaian macam dah teruk sangat dah!. Memang lah aku akui aku sendiri takde lah alim mane kan. Takde lah aku pergi kelas pakai baju kurung everyday tu kan siap pakai tudung labuh macam ustazah bagai. *okay siapa student En. Mydin sila jangan terasa. harhar* Tapi kan tapi kan, agak-agaklah kalau kau nak berfesyen bagai. Janganlah melampau sangat babygirl sekalian!

Aritu mase aku naik bus nak pergi Perda. Aku diri sebelah student perempuan tu. Dia just pakai jaket polkadot yang lengan die atas daripada siku. Uhui kau ingat nie universiti kau seorang yang belajar? Abah kau! Yang pakcik bus tu pun takkan lah tak perasan kan. *okay aku andaikan pakcik bus tu tak perasan sebab taknak perasangka buruk -.-'

okay abaikan lah perempuan tu. and baju tu pun lain sebenarnye. tapi fokus kat lengan die jelah eh. huu lebih kurang camtulah lengan die. pendek tak pendek tak? -.-'

Lepastu-lepastu yang pakai kemeje pergi kelas. Aku tahu lah sekarang nie banyak pattern kemeja keluar. Yang plain, yang bunga kecik yang polkadot yang stripe, you name it semua ade. Aku tak cakap salah pun nak pakai kemeje tu pergi kelas. Tapi kalau pun kau nak lipat lengan kemeje kau tu and butangkan sampai siku, ape salahnye kau pakai inner kat dalam? Ape? Tak mampu beli inner? Well hell to the no gurls! Kemeje mahal-mahal kau mampu beli tapi inner kau tak mampu beli? Kejadahnye tu? *okay aku sangat angin*

aku try search baju yang dah lipat lengan tak jumpa lah pulak. tapi lebih kurang lah tu. just lipat jer lengan tu sampai siku. huhu

Lagi satu kan, p******d tu tak buat kerja ker ape? Takkan lah tak nampak diorang tu pakai camtu? Saman jelah! Kan dah terang-terang camne polisi pakaian kat UiTM Penang nie perempuan kena pakai lengan panjang sampai tutup lengan semua. Itu pun susah sangat ker korang nak ikut. Kalau pun korang nak buat sangat. Pergi lah pakai kat luar sane. Takde yang nak marah kau kalau kau pakai kat luar camtu. 

And mostly yang aku tengok buat camtu semua junior-junior. Aku tak perasan pulak batch aku buat camtu. Taktahu lah kalau ade tapi aku yang tak perasan or what kan. Uhui adik-adik sekalian. Kau orang tu budak-budak baru nak naik. Kalau polisi pakaian pun kau tak boleh nak ikut, camne pulak bende lain nanti? Ape? Pengaruh kawan? Hah eloklah tu. Kawan kau terjun lombong kau pun follow lah die terjun lombong sekali. Seronok kan kan? -.-'

Huu sudah-sudah lah tu dayah. Kau merepek macam nie bukannye ade siape-siape sokong kau pun kan. Masing-masing buat hal sendiri. Fine then! Have a nice day kawan-kawan! :D

p/s: harinie terlebih happy tu yang semangat nak hupdate belog! haha :D


Salam sayang,


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

1 comment:

  1. ohhhh....
    haahhh sekarang ni ramai orang gile pakai cenggitu...

    ReplyDelete

Hai! Dah baca tu komen lah sikit! :D