iklaneka

Saturday, November 19, 2011

PANTANG-LARANG versus SITUASI SEBENAR

Assalamualaikum...:)

Haluu. Harini bermula lah semester baru di UiTM Penang. Penat betul harini. Memang lah dapat rumah baru tu seronok. Tapi kalau nak kena sental satu rumah tu.Amboi sakit juga badan ni. Apapun bukan itu yang aku nak ceritakan harini.

Macam tajuk yang kat atas tu. Ada tak antara korang yang stil amalkan pantang-larang zaman dulu tu? Well dalam family aku of course lah mak aku kan. Sikit-sikit jangan buat itu jangan buat ini. Ada orang yang cakap pantang-larang ni semua benda yang kolot. Tapi kalau difikirkan betul-betul, ada jugak baiknya. Aku tak cakap yang semua pantang-larang tu baik. Tapi pada aku apa yang mak aku selalu pesan, ada lar juga baiknya walaupun sikit. Huhu.

Meh sini aku listkan pantang-larang yang selalu mak aku sebut bila aku kat rumah. Tapi apa yang mak aku cakap, bukan semuanya aku tafsir ikut yang mak aku nak. Aku mesti tafsir benda lain. Hahah. Itulah aku.

* 1
Pantang-larang : Jangan makan baring. Nanti dapat suami malas.
Situasi sebenar : Jangan makan baring. Nanti kau tercekik siapa yang susah?

* 2
Pantang-larang : Jangan menyanyi kat dapur. Nanti dapat suami duda.
Situasi sebenar : Jangan menyanyi kat dapur. Sebab suara kau tu tak sedap macam Siti Nurhaliza.-.-'

* 3
Pantang-larang : Jangan duduk dekat tangga. Nanti takde laki nak pinang kau.
Situasi sebenar : Jangan duduk dekat tangga. Nanti kalau kau jatuh siapa juga yang susah?

*4
Pantang-larang : Jangan menyapu tak bersih. Nnti dapat suami pengotor.
Situasi sebenar : Jangan menyapu tak bersih. Sebab kau tu anak dara. Tak reti buat kerja ker? -.-'

Hakhak. Itulah antara pantang-larang yang selalu mak aku sebut kat rumah. Dan selalunya aku cuma akan jawab 'iye' dan aku akan buat lagi benda tu. Biasalah manusia kan. Apa yang ditegah itulah yang dibuat. Macam aku.-.-'

Korang pulak macam mana? Ada lagi tak yang amalkan pantang-larang nie semua?

* okay gambar takde kena-mengena ngan tajuk pun.:)

Salam sayang...:)

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

5 comments:

  1. Pantang-larang : Jangan potong kuku malam2.nnt harimau kejar.
    Situasi sebenar : Dulu2, electricity susah. so mlm2 kan gelap.klu terpotong jari kaki, kn susah. =p

    ReplyDelete
  2. jangan letak tngn atas kepala kalau baring,sbb dy apa ek..mengarut2

    ReplyDelete
  3. khai : betul lah tu. tapi mak aku tak bagi sebab takut nanti macam boleh mendoakan mak ayah mati cepat. huhu

    zizi : sebab macam ada banyak sangat masalah padahal takde. huhu

    ReplyDelete

Hai! Dah baca tu komen lah sikit! :D