iklaneka

Saturday, November 26, 2011

Santalia di S.M.K.U.K :)

Assalamualaikum...:)

Harap-harap korang semua sihat lah yer harinie. Kali nie kau nak cakap pasal kelas aku mase aku form4 ngan form5 dulu. Aku amik sains teknologi dulu. Kalau ikut result tu boleh jer nak amik bio. Tapi aku yang tak minat. So tercampak lah aku kat dalam kelas tu. And alhamdulillah aku memang fit dalam kelas tu. 

Okay entry kali nie memang penuh dengan gambar. So sape yang tenet lembab tu. Padan muke korang! heheh 

ini gambar mase form4. Nampak tak semua muke suci jer lagi time tu. :)

*p/s : yang baju biru tu AJK Koperasi. Yang baju merah tu Pengawas. Sepatutnya Penolong Pusat Sumber pakai baju hijau. Tapi ade yang laki jer. Tie hijau. So maybe tak nampak dalam gambar tu. haha

Nie gambar time form5. Dulu budak laki kelas aku punyalah nakal. Sampai diorang pergi kunci cikgu aku tu dalam toilet. Mau tak mengamuk cikgu aku tu. Haha

Rindu korang semua. 

Yang kiri tu redza yang kanan tu subhan. Subhan tu study dekat PSP jer. Punyelah dekat ngan aku.Tapi sekali jer aku penah nampak die. Padahal dia cakap die selalu nampak aku. Okay aku yang rabun ker ape?
 -.-' 
Yang tu Epoi ngan redza LAGI.

Nie shariman ngan redza lagi. Perasan tak banyak gambar sape jer dalam nie?:p

 
Yang comel tu Diana. Adik Fizo Omar tuuu. Yang belakang tu azuan. Aku pun tak tahu ape motif die diri dalam gambar nie.

Hero dalam kelas aku.Ada lagi nie sepatutnya. Epoi, rashidi, muzamil, nordin, fifi ngan subhan.

Candid. Nampak tak cikgu aku tu statik jer. Memang camtu lah dia dalam kelas. Keras jer ajar kitorang. Nasib baek ajar lukisan kejuruteraan. Kalau ajar bahasa melayu camne. Haha maaf yer cikgu. Sayang cikguuuu. :)

Shera...<3 :)

Sue...<3 :)

Kalau korang nak tau. Nie dua perempuan yang comel nie lah kawan yang aku rapat dekat dalam kelas. Pegi rehat same. Pegi toilet same. Nak dekat setahun jugak lah tak jumpa. Shera tu da belajar kat sarawak. Time aku cuti dia tak cuti dan begitulah sebaliknya. Sue pulak belajar kat Petaling Jaya. And now dia pun da pindah johor. Lagi lah susah aku nak jumpa. Miss korang sangat-sangat baby. :(


Okay itu jer untuk kali nie. Dah lame kitorang tak keluar same-same. Masing-masing busy dengan study. Hope dapat jumpa korang satu hari nanti. 

Salam sayang...:)

*p/s/s: Aku curi gambar tu dari group kita. Sorry okay! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

KesEOranGAn = :(

Assalamualaikum...:)

Harini hari kedua aku kena tidur dekat rumah nony. Haish bosannya hidup bila takde bende nak buat. Bukan maksud aku nak mengeluh ataupun ape. Tapi bila duduk sorang-sorang and taktau nak buat ape. Boleh jadi serabut lar jugak kepala otak nie.

Tadi bila on jer facebook, abang ipar sedare aku (paham ker wei) or abang rizal terus chat. Bagitau family aku pergi rumah mak mentua dia ataupun rumah makcik aku. Haish untunglah. Boleh pergi rumah orang. Boleh makan rambutan. Favourite aku pulak tu. Rase macam nak suruh ayah amik aku sekarang jugak sebab aku nak makan rambutan tu. Dan yang buat aku tak puas hati tu, boleh pulak abang rizal pergi sent gambar ayah tengah duduk kat dalam rumah tu. Haish lagilah sedih. Aku pun ada hati tau. 

Nie nak cerita nie. Tadi petang baru jer habis baca novel yang aku baru  beli haritu. "Air mata rindu". Serious seronok baca buku tu. Buku tu takdelah macam buku novel yang biasa-biasa berlambak kat kedai tu. Selalunya novel yang aku baca mesti pasal cinta tige segi. Tapi novel tu tak macam tu. Banyak gila konflik dalam cerita tu. Dan cerita tu pasal seorang wanita yang bernama Eryna Izzati. Eryna Izzati banyak mengajar aku masa aku baca cerita tu. Ajar aku untuk tidak cepat melatah dalam ape jua keadaan. Ajar aku untuk sentiasa bersabar dan sentiasa ingatkan Allah. Ajar aku untuk sentiasa ingat bahawa setiap kejadian yang jadi mesti ada hikmahnya. Kalau korang semua nak tahu lagi, pergilah beli buku tu. Huhu :D

Nie cover depan buku tu. Huhu comel okay itu tangan.

Esok tak tahu lah ape pulak yang aku nak buat. Takkan nak tidur satu hari pulak. Da lah fruit heart aku takde. Kalau ade boleh jugak aku keluar daripada terperuk jer dalam kolej nie. Haish nasiblah awal-awal sem lagi da bosan duk kat penang nie. 

Ade sape-sape yang nak hantar aku balik tak? Pleaseeeeee.........

See i'm begging someone...............

Dan lagi satu. Salam MAAL HIJRAH buat semua yang aku kenal. Sama-samalah kita berhijrah ke arah kebaikan. :)

Salam sayang...:)


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Friday, November 25, 2011

KAWAN LAMA versus KAWAN BARU!

Assalamualaikum...:)

Kenapa aku tulis tajuk entry aku macam tu? Mengapa terjadinya tajuk entry itu? Siapa yang menyebabkn aku menulis entry macam tu? Bagaimanakah aku boleh menulis entry macam tu? Okay sudah lah. Kalau semua nya penuh dengan soalan sampai lusa pun tak habis lagi.

Dalam hidup kita, kita akan bertemu dengan berbagai ragam manusia. Dan manusia-manusia itulah yang akan menjadi kawan-kawan kita. Kalau nasib kita baik, kita tentu akan mendapat kawan yang baik. Yang selalu menegur kita ke arah kebaikan. Selalu ingin membimbing kita ke jalan yang lurus. Tapi kalau nasib kita tidak baik ataupun boleh dikatakan kita yang telah tersalah pilih kawan, maka kita akan mendapat kawan yang kurang elok perangainya. Kawan yang selalu mengajar kita benda-benda yang membawa kepada keburukan. Sekiranya iman kita tidak kuat, maka hanyutlah kita bersama kawan tersebut.

Okay intro saja sudah panjang berjela. Belum masuk lagi isi kandungannya. Apa kau ingat ini karangan SPM ada pendahaluan ada penutup segala bagai? -.-'

Masa aku kecik-kecik dulu, nak kata aku ramai kawan pun tak lah jugak. Sebab aku nie sememangnya tidak peramah. Sape  yang baru nampak aku mesti kate aku sombong. Bukan sorang dua yang cakap camtu. Dah ramai. Dah biasa pun. Biarlah ape orang nak cakap pun. Aku tak kacau hidup orang ape! Bila masuk sekolah menengah, ramai lah sikit kawan-kawan aku. Time tu baru nak kenal dunia. Baru nak kenal semua orang. Baru nak kenal apa itu couple. Hikhik gatal kan aku. 

Bila da masuk UiTM nie lagi lah ramai kawan aku. Kawan kepada kawan aku pun boleh menjadi kawan aku. Walaupun aku tak sekelas dengan dia, tak se-course ngan dia, aku tetap boleh kawan ngan dia. Itu maknenyer ada perubahan lah kan. Tapi aku tetap aku yang dulu. Tetap aku yang akan dicop sombong bila pertama kali bersua muka. -.-'

Kesimpulannya di sini, kawan lama ker kawan baru ker, itu tetap kawan kita. Tak kisahlah sudah terpisah lama macam manapun, tapi kalau dah jumpa depan mate tu reti-reti lah tegur. Kalau aku tak tegur kau, kau tegur lah aku dulu. Nie tak, aku tak tegur kau then kau tak tegur aku pastu kau terasa. Mulalah nak tulis kat status bagai kata aku da sombong ngan kau! Haluu. Jangan lah ingat aku nie sempurna sangat. Mungkin aku tak tegur kau sebab aku tak perasan kau. Ataupun sebab aku tak ingat kan kau. Apapun maaflah yer. Tak rugi pun kan kalau kau tegur aku dulu. :)

Cukuplah sampai sini okay. Yang nie pun aku rasa da boleh buat orang ngantuk nak baca. Heheh. 

Saya sayang semua kawan-kawan saya. Tak kiralah sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun yang di UiTM nie. Semua tu kawan-kawan saya. 

Salam sayang...:)



TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Thursday, November 24, 2011

CUTI = TAKDE MAKNE!

Assalamualaikum...:)

Hari ni hari jumaat. Tak perlu lah kot aku nak cerita hari jumaat tu ape, kebesaran hari jumaat tu ape, korang semua da besar kan. So pandai-pandai lah gunakan akal tu okay. Harini tersangat lah bosannya. Sorang-sorang balik rumah. Sampaikan rumah aku cuma tinggal dua orang jer lagi. Itupun lain-lain bilik. Kalau sampai hari isnin macam nie,mau aku bercakap dengan dinding yang ada kat tepi aku. Ish! 

Sejujurnya aku tak tahu apa pun nak update nie. Otak blurr jer. Macam kosong. Yelah, jasad aku memang lah kat Penang. Tapi hati aku? Dah terbang sampai ker Ipoh da. Mak...Akak rindu mak. Kalau akak boleh terbang, sekarang jugak akak terbang pergi dekat mak. Akak rindu mak sangat-sangat. Huu...:'(

Haish....Minggu depan da lar kena bawak architecture drawing. *Betul ker camtu aku eja? Huu. Mana kitorang nak cekau plan tu dalam masa seminggu. Mau tertonggeng cari plan. Call syarikat sini takde call syarikat sana pun takde. Abeh tu mana nak cari. *pengsan -.-'

Semester nie kelas aku memang tak pack mana pun. Tapi project jer banyak dalam tu. ETR300, ECM317 ngan ECS316 sumenye ada project. Mana nak perah otak nak pikir nie semua? Haish Hidayah. Takpe lah. Bak kate En. Ammar, niat tu penting. Aku datang Penang kan nak belajar. So aku kenalah terima semuanya. Niat pun kerana Allah Ta'ala. Tak terlambat kot untuk aku ulang niat yang En. Ammar cakap semalam. Sahaja aku belajar kejuruteraan awam di UiTM Penang untuk 6 sem tunai kerana Allah Ta'ala. Kawan-kawan semua. da bace niat belum? Kalau belum sila lah baca. Betulkan niat masing-masing. Barulah Allah nak tolong kita. Kalau kita tak usaha camne Allah nak tolong. Ingat rezeki tu turun tetibe dari langit ker untuk kau? Abah kau! Huu :D

Aku rase macam aku da merepek panjang dalam entry kali nie. Da lar entry tu takde kene-mengene pun ngan tajuk tu. Sorry lah yer kawan-kawan. Saya memang takde cerita nak update tapi cuba gagahkan diri untuk update sebab da lame tak update. Hee... 

Semoga bertemu kembali.

See that image. Take a smile in whatever step you take. You will find happiness in there. :)

Salam sayang...:)


TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Saturday, November 19, 2011

PANTANG-LARANG versus SITUASI SEBENAR

Assalamualaikum...:)

Haluu. Harini bermula lah semester baru di UiTM Penang. Penat betul harini. Memang lah dapat rumah baru tu seronok. Tapi kalau nak kena sental satu rumah tu.Amboi sakit juga badan ni. Apapun bukan itu yang aku nak ceritakan harini.

Macam tajuk yang kat atas tu. Ada tak antara korang yang stil amalkan pantang-larang zaman dulu tu? Well dalam family aku of course lah mak aku kan. Sikit-sikit jangan buat itu jangan buat ini. Ada orang yang cakap pantang-larang ni semua benda yang kolot. Tapi kalau difikirkan betul-betul, ada jugak baiknya. Aku tak cakap yang semua pantang-larang tu baik. Tapi pada aku apa yang mak aku selalu pesan, ada lar juga baiknya walaupun sikit. Huhu.

Meh sini aku listkan pantang-larang yang selalu mak aku sebut bila aku kat rumah. Tapi apa yang mak aku cakap, bukan semuanya aku tafsir ikut yang mak aku nak. Aku mesti tafsir benda lain. Hahah. Itulah aku.

* 1
Pantang-larang : Jangan makan baring. Nanti dapat suami malas.
Situasi sebenar : Jangan makan baring. Nanti kau tercekik siapa yang susah?

* 2
Pantang-larang : Jangan menyanyi kat dapur. Nanti dapat suami duda.
Situasi sebenar : Jangan menyanyi kat dapur. Sebab suara kau tu tak sedap macam Siti Nurhaliza.-.-'

* 3
Pantang-larang : Jangan duduk dekat tangga. Nanti takde laki nak pinang kau.
Situasi sebenar : Jangan duduk dekat tangga. Nanti kalau kau jatuh siapa juga yang susah?

*4
Pantang-larang : Jangan menyapu tak bersih. Nnti dapat suami pengotor.
Situasi sebenar : Jangan menyapu tak bersih. Sebab kau tu anak dara. Tak reti buat kerja ker? -.-'

Hakhak. Itulah antara pantang-larang yang selalu mak aku sebut kat rumah. Dan selalunya aku cuma akan jawab 'iye' dan aku akan buat lagi benda tu. Biasalah manusia kan. Apa yang ditegah itulah yang dibuat. Macam aku.-.-'

Korang pulak macam mana? Ada lagi tak yang amalkan pantang-larang nie semua?

* okay gambar takde kena-mengena ngan tajuk pun.:)

Salam sayang...:)

TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!

Friday, November 18, 2011

New Sem New Life!

Assalamualaikum...:)

Hoyeahh! akhirnya aku buat blog jugak. Nie semua pasal si zizie madu yang macam da cabar aku. Okay untuk kau zizie aku sahut okay cabaran kau tu! Nah amek kau baca sampai lebam walaupun takde isi okay.

Title kat atas tu nak gempak jer kan. Okay nak cerita nie. Kalau korang taknak baca pun takpe. Ada aku kisah? Ini cerita aku! Haha (gelak jahat). Esok bersamaan dengan 19 November bermulalah hidup aku sebagai seorang student di UiTM Pulau Pinang. Hey aku da sem 6 okay. Ingat aku budak-budak lagi ker? *blugh -.-'

Tadi mak da warning awal-awal da. "kak esok bangun pagi. Nak gerak cepat". Haish mak ku sayang. Tau lah akak nak balik da nie. Tapi bunyi macam nak halau akak jer. Sobs Sobs. -.-'

Untuk Nony yang aku tau kau akan bace post aku nie. Esok tunggu aku okay. Kita daftar same-same. Kau tak tunggu aku, aku merajuk sampai ari ahad. Okay sampai ahad jer sebab aku kan kena minta tolong kau angkat barang nanti. Hehe sayang kau okay! :)

Dan untuk adik aku ika, jage mak okay. Kau online jer keje siap kau. Tau lah da cuti. Okay nie more kepada jeles sebab aku da abeh cuti. Haish. -.-'

Sekian dulu untuk kali nie. Aku kene sambung kemas barang. Mak da bising sebab tak abih kemas lagi. "yer mak akak datang nie". Hehe.

 
Ehsan pakcik google. Sikit jer lagi untuk aku genggam diploma aku. Sikit jer lagi untuk aku gembirakan mak dan ayah aku. :')

Okay stop. 

Salam sayang...:)
TERIMA KASIH SUDI BACA. SILA LAH LIKE DAN SHARE!